Berita Harian

Malaysia perlu bantah tindakan Singapura tambak Batu Puteh

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Johor Bahru: Malaysia kemungkina­n berdepan risiko kehilangan perairan Tompok Utara di Johor Timur berhampira­n Tanjung Pengelih, Kota Tinggi, jika tidak membuat bantahan terhadap tindakan Singapura yang dilaporkan mahu menambak tanah sekitar Batu Puteh atau Pedra Branca, mulai akhir tahun ini.

Sumber industri maritim berkata, tindakan Singapura menambak tanah di sekitar Batu Puteh dilihat sebagai langkah mengukuhka­n tuntutan republik itu terhadap status perairan sekitar Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rock) dan Tubir Selatan (South Ledge), yang masih menjadi pertikaian dengan Malaysia.

Katanya, tindakan Singapura mahu menambak tanah sekitar perairan Batu Puteh itu sekali gus membolehka­n republik itu menuntut kawasan perairan lebih jauh sehingga Teluk Punggai di Perairan Johor Timur.

“Sebenarnya, status perairan sekitar Batu Puteh, Batuan Tengah (Middle Rock) dan Tubir Selatan (South Ledge), masih menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura.

“Justeru itu, Malaysia perlu segera mengemukak­an bantahan terhadap tindakan terbaharu Singapura yang akan mula menambak tanah di sekitar Batu Puteh atau Pedra Branca.

“Tanpa bantahan rasmi, ia mungkin menimbulka­n isu kedaulatan negara lebih besar terutama membabitka­n perairan di sekitar Batu Puteh, yang kini masih di dalam tuntutan bertindih,” katanya di sini, semalam.

Channel News Asia (CNA) kelmarin melaporkan, Singapura akan mula menambak tanah di sekitar pulau Batu Puteh atau Pedra Branca, bagi menambah baik kemudahan di pulau berkenaan, akhir tahun ini.

Memetik Kementeria­n Pembanguna­n Negara (MND), tindakan itu antara lain bagi membolehka­n kapal berlabuh, selain menyediaka­n kemudahan logistik sokongan pentadbira­n dan komunikasi tambahan.

Ia bakal dijalankan dalam jarak 0.9 kilometer (km) dari pulau sebesar 0.86 hektar itu dan sempadan perairan Singapura sekitar pulau berkenaan.

Lembaga Perumahan dan Pembanguna­n (HDB) Singapura dilaporkan akan bertanggun­gjawab atas kerja menambak kawasan seluas tujuh hektar itu yang bersamaan sebesar 10 padang bola.

Menurut sumber maritim itu lagi, antara langkah susulan akan diambil republik itu menerusi tindakan tambakan tanah itu adalah menuntut perairan melebihi 0.5 meter dari Batu Puteh sebagai miliknya.

“Sebenarnya status perairan sekitar Batu Puteh iaitu Tubir Selatan (South Ledge) masih menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura.

“Sekiranya benar, ia tidak mencermink­an semangat ASEAN apabila Singapura akan mula menambak perairan sekitar Batu Puteh tanpa mempedulik­an pertikaian Tubir Selatan yang belum selesai.

“Jika Malaysia tidak membuat bantahan terhadap tindakan Singapura itu, kita mungkin akan hilang kedaulatan terhadap kawalan perairan di sepanjang 12 batu nautika yang ketika ini milik negara.

“Untuk rekod, Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ) pada 2008 menganuger­ahkan Batuan Tengah

(Middle Rock), kawasan batuan kurang 500 meter dari Batu Puteh kepada Malaysia, dan hak itu perlu dipertahan­kan,” tegasnya.

Pada 2 Februari 2018, Malaysia memfailkan semakan keputusan ICJ di The Hague, Belanda berhubung Batu Puteh dan memetik bahawa United Kingdom mengubah status tiga dokumen untuk menyokong permohonan itu baru-baru ini.

Dokumen berkenaan ialah surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan mengenai satu kejadian yang difailkan seorang pegawai tentera laut Britain pada 1958 dan satu peta berserta catatan mengenai operasi tentera laut dari tahun 1960-an.

Dokumen tersebut yang tidak diketahui oleh ICJ mahupun Malaysia ketika penghakima­n pada 2008, ditemui di National Archives of the United Kingdom antara 4 Ogos 2016 dan 30 Januari 2017.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Batu Puteh, manakala Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge) pula menjadi milik Malaysia.

Batu Puteh terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh, Johor.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia