Berita Harian

Op Bantu sedia bantuan kepada individu terputus bekalan makanan

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir

Op Bantu dilancar, IPD seluruh negara jadi pusat agihan, penyimpana­n yusri.muzamir@bh.com.my

Kuala Lumpur: Op Bantu dilancarka­n semalam, untuk memberi bantuan segera kepada individu terputus bekalan makanan di seluruh negara, berikutan pandemik COVID-19.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata operasi dijayakan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA).

Beliau berkata, pelaksanaa­nnya turut dilakukan secara kerjasama strategik bersama Kementeria­n

Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Katanya, pelaksanaa­n pertama Op Bantu itu membabitka­n agihan hampir 50,000 bakul bantuan makanan, hari ini (semalam) selain semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara dijadikan pusat pengagihan dan penyimpana­n bantuan bekalan makanan diberikan melalui Op Bantu.

“Di lapangan, Op Bantu akan diketuai 157 Ketua Polis Daerah di seluruh negara dan membabitka­n Skuad Aman Wanita (AMANITA) bawah PDRM serta anggota RELA pada peringkat daerah masing-masing.

“Anggota RELA di lapangan ditugaskan untuk melakukan rondaan bagi dapatkan maklumat dan bagi tujuan penyaluran bantuan kepada mana-mana individu memerlukan bantuan segera.

“Mana-mana individu terputus bekalan makanan diminta hadir ke IPD berhampira­n bagi mendapatka­n bantuan segera, manakala yang tidak dapat hadir, mereka diminta menghubung­i IPD berhampira­n masing-masing melalui talian rasmi IPD atau Whatsapp khas Op Bantu yang akan diumumkan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Terdahulu, Hamzah ditemani Rina turut menyampaik­an bantuan bekalan makanan kepada individu terputus bekalan makanan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek, di sini.

Sementara itu, Hamzah berkata, PDRM diarah membuka siasatan berhubung kenyataan kontrovers­i dimuat naik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang membabitka­n isu berkaitan Allah.

Katanya, kenyataan Kit Siang itu dilihat berunsur hasutan dan cuba memecahbel­ahkan keharmonia­n masyarakat majmuk di negara ini, selain siasatan perlu diperluas kepada mana-mana individu dikenal pasti bertindak demikian.

Mengenai Op Patuh, Hamzah berkata, tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan sektor ekonomi dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilihat semakin meningkat.

Katanya, ia susulan bilangan kompaun dikeluarka­n kepada pihak ingkar SOP mencatatka­n penurunan kepada 157 premis sahaja kelmarin, walaupun jumlah pemeriksaa­n dilakukan adalah hampir sama setiap hari.

 ??  ??
 ?? (Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) ?? Hamzah (dua dari kiri) dan Rina beramah mesra bersama penerima sumbangan, Mimi Armi Rani ketika Op Bantu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek, semalam.
(Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) Hamzah (dua dari kiri) dan Rina beramah mesra bersama penerima sumbangan, Mimi Armi Rani ketika Op Bantu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia