Berita Harian

Barisan panjang di CAC Shah Alam

Kes positif melonjak, melepasi paras 7,000 jangkitan

- (Foto Faiz Anuar / BH)

Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam, terus menyaksika­n jumlah kehadiran tinggi individu disahkan positif COVID-19, semalam sehingga perlu berbaris panjang di luar stadium. Selepas penilaian, petugas kesihatan akan memutuskan sama ada mereka dimasukkan ke hospital, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) swasta atau hanya pemantauan di rumah. Semalam, 7,654 kes positif direkodkan di seluruh negara dengan Selangor terus mencatat jumlah tertinggi iaitu 3,260 kes.

Putrajaya: Kadar kebolehjan­gkitan (Rt) COVID-19 di seluruh negara berdasarka­n data harian kelmarin adalah 1.07, dengan Pahang adalah negeri mencatat Rt tertinggi iaitu 1.24.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negeri lain yang mencatatka­n Rt melebihi 1.0 adalah Wilayah Persekutua­n Putrajaya (1.17), Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (1.10), Selangor (1.09), Melaka (1.08), Kedah (1.06), Pulau Pinang (1.05), dan Sabah (1.04).

“Negeri yang mencatatka­n nilai Rt bawah 1.0 pula ialah Negeri Sembilan (0.99); Johor (0.93); Labuan (0.90); Sarawak (0.89); Terengganu (0.88) dan Kelantan (0.81),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjan­gkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai Rt, semakin kurang kemungkina­n jangkitan bagi setiap kes positif.

Sementara itu, kes positif harian COVID-19 sekali lagi melepasi paras 7,000 apabila sebanyak 7,654 kes positif baharu dilaporkan semalam, berbanding 6,387 kelmarin.

Dr Noor Hisham berkata, hingga kini jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 792,693 kes yang mana ketika ini kes aktif dengan kebolehjan­gkitan adalah sebanyak 72,201.

Selangor terus mencatatka­n kes positif tertinggi iaitu sebanyak 3,260 disusuli Kuala Lumpur dengan 1,550 kes positif, tertinggi di wilayah itu setakat ini dan Negeri Sembilan dengan 698 kes.

Sebanyak 7,643 daripada kes dilaporkan semalam adalah penularan tempatan membabitka­n 5,486 warganegar­a dan 2,157 bukan warganegar­a.

“Sebanyak 11 kes import juga direkodkan iaitu lima rakyat tempatan dan enam warga asing. Seramai 943 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hari ini (semalam) dengan 450 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Kementeria­n Kesihatan (KKM) turut merekodkan sebanyak 103 kematian semalam iaitu seramai 94 warganegar­a dan sembilan lagi rakyat asing, menjadikan jumlah keseluruha­n kes kematian membabitka­n jangkitan COVID-19 kini mencecah 5,677 kes atau 0.72 peratus daripada keseluruha­n kes dilaporkan di Malaysia setakat ini.

Pada masa sama, sebanyak 4,797 kes sudah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini 714,815 kes (90.2 peratus).

Beliau berkata, KKM turut melaporkan sebanyak 21 kluster baharu dikesan semalam menjadikan jumlah keseluruha­n kluster jangkitan COVID-19 kini mencecah 2,952 dengan 2,100 kluster sudah ditamatkan dan 852 lagi masih aktif.

Sementara itu, di Shah Alam, tinjauan jurugambar BH di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati, Seksyen 13, mendapati masih terdapat barisan panjang hingga ke laluan pejalan kaki di luar stadium, orang ramai yang disahkan positif bagi menghadiri penilaian oleh kakitangan KKM.

Kelmarin tular di media sosial video berdurasi 53 saat menunjukka­n hampir 1,000 individu yang disahkan positif beratur di luar CAC itu hingga ke persimpang­an sebuah pasar raya besar.

Pengurus Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM) yang juga koordinato­r bagi kemudahan fasiliti CAC, Ahmad Sayuti Bashiron, berkata pertambaha­n kehadiran harian itu berlaku sejak dua hingga tiga minggu lalu.

“Kehadiran hari ini (kelmarin) dijangka antara jumlah paling tinggi dalam operasi CAC sejak Februari lalu, tetapi jumlah tepat hanya KKM saja boleh sahkan.

“Sebagai koordinato­r mewakili Stadium Shah Alam, saya hanya boleh mengesahka­n video tular sejak pagi tadi (kelmarin), inilah gambaran suasana berlaku mutakhir ini,” katanya ketika dihubungi.

Ahmad Sayuti berkata, sebagaiman­a video yang tular itu, mereka semua mula datang ke CAC berkenaan seawal jam 6.30 pagi.

Sebelum ini, mereka datang seawal jam 5 pagi, tetapi mutakhir ini mereka datang dan mula beratur pada jam 6.30 pagi hingga jam 3 petang, terutama yang datang menaiki bas daripada kilang dan sebagainya.

“Apa yang dilihat dalam video itu adalah situasi sebenar di sini, jumlah warga asing yang datang memang mendadak dan kebanyakan­nya dari kilang sejak kebelakang­an ini.

“Semua yang datang adalah di bawah kawal selia Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling sahaja,” katanya yang turut bertugas sebagai sukarelawa­n di lokasi

berkenaan setiap hari.

Hingga kini jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 792,693 kes yang mana ketika ini kes aktif dengan kebolehjan­gkitan adalah sebanyak 72,201 Dr Noor Hisham Abdullah,

Ketua Pengarah Kesihatan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia