Berita Harian

Tumpu agih vaksin negeri catat kes positif tinggi

Sasaran agihan bekalan berdasarka­n data mingguan, penilaian semasa

- Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Samadi Ahmad bhnews@bh.com.my

Sepang: Kerajaan akan memberi tumpuan pengagihan bekalan vaksin di negeri yang mempunyai kadar kes positif COVID-19 yang tinggi berdasarka­n data mingguan dan penilaian semasa Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Berikutan itu, untuk bulan ini, lima negeri menjadi sasaran pengagihan bekalan vaksin iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Labuan, Negeri Sembilan dan Kelantan yang menunjukka­n peningkata­n kes jangkitan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata pada masa ini pengagihan vaksin ke negeri-negeri dibuat berdasarka­n beberapa indikator seperti ‘kadar kepositifa­n’ dan ‘kadar insiden’ yang tinggi.

“Setiap minggu kita selaras pengagihan (vaksin) berdasarka­n data-data dari negeri berkaitan. Sebagai contoh, bulan ini antara negeri yang menjadi sasaran ialah Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Negeri Sembilan, ini (negeri) yang mempunyai kadar insiden yang tinggi,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN), di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Sehingga semalam, Selangor merekod kes harian tertinggi sebanyak 3,260 kes diikuti Kuala Lumpur (1,550), Negeri Sembilan (698), Johor (313) dan Sarawak (286).

Sementara itu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata kerajaan tidak bercadang mewujudkan PPV di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD), berikutan pelaksanaa­n perintah kawalan itu bersifat dinamik dan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

“Kalau nak hantar vaksin setiap minggu ke kawasan baharu, (sukar) kerana senarai PKPD adalah dinamik. Mungkin minggu ini kawasan itu dikenakan PKPD, minggu depan ia keluar daripada PKPD.

“Kalau kita nak shift supply untuk keseluruha­n negara berdasarka­n senarai PKPD yang sentiasa berubah, ia akan menjadi satu perkara yang agak rumit,” katanya merujuk kepada kerajaan Selangor yang membuka PPV di Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya yang dikenakan PKPD sejak Khamis lalu.

PPV itu yang bermula kelmarin menyasarka­n untuk memberi vaksin COVID-19 kepada kira-kira 8,000 penghuni di Mentari Court.

Khairy juga berkata, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) akan memperluas­kan pembukaan Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) bagi perkhidmat­an sektor pengangkut­an udara ke lapangan terbang lain di seluruh negara.

Ini berikutan sektor pengangkut­an udara masih lagi beroperasi biarpun ada penguranga­n penerbanga­n.

Beliau berkata, pihaknya sudah meluluskan pengoperas­ian PPVIN untuk sektor pengangkut­an udara bagi pemberian vaksin terhadap 22,243 petugas barisan hadapan yang berkhidmat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) yang bermula kelmarin.

Ini kerana sektor penting yang masih beroperasi sewaktu kawalan pergerakan. Walaupun ada penguranga­n penerbanga­n di lapangan terbang di Malaysia, namun sektor ini beroperasi.

“Untuk kita melindungi kakitangan terbabit, CITF memutuskan untuk mengutamak­an sektor pengangkut­an udara dalam PICK di bawah industri perlu.

“Saya juga akan memberi perhatian kepada sektor pengangkut­an udara di negeri lain, di lapangan terbang negeri lain supaya pekerjanya turut dilindungi dengan vaksin,” katanya.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ?? Khairy beramah mesra dengan penerima vaksin ketika membuat tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin Industri di KLIA, semalam.
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) Khairy beramah mesra dengan penerima vaksin ketika membuat tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin Industri di KLIA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia