Berita Harian

Semua negara perlu sepakat tentukan dasar imigresen

-

Sepang: Malaysia menyeru semua negara mewujudkan kesepakata­n dalam menentukan dasar imigresen susulan kepelbagai­an penggunaan vaksin COVID-19 ketika ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata langkah itu perlu bagi mengelakka­n kekeliruan apabila timbul isu pengiktira­fan vaksin tertentu oleh negara seperti Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU).

Beliau berkata, banyak pihak termasuk Malaysia yang menggunaka­n vaksin daripada pelbagai keluaran, belum mengetahui dasar imigresen sebahagian besar negara di dunia kerana belum dimuktamad­kan.

“Ada negara sudah keluarkan syarat, contohnya vaksin yang hanya diguna di negara itu. Jadi, ini adalah atau proses perbincang­an yang masih berterusan dengan negara lain.

“Yang paling saya rasa strategik untuk Malaysia ialah Arab Saudi, Singapura, UK, AS, China kerana ini adalah destinasi yang paling popular untuk rakyat negara ini sama ada untuk bercuti atau perniagaan,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Justeru, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, perlu ada satu dasar yang dipersetuj­ui semua negara di dunia berikutan selain Malaysia, ada negara yang turut menggunaka­n pelbagai keluaran vaksin dalam program imunisasi untuk rakyat masing-masing.

Beliau sekali lagi menegaskan pendirian Malaysia iaitu apa-apa vaksin yang disenaraik­an Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu diiktiraf.

Katanya, sebagai alternatif, jika sesebuah negara tidak mengiktira­f sesetengah vaksin, ia perlu mempertimb­angkan mengenakan ujian saringan dan kuarantin terhadap pengembara yang sudah divaksinas­i.

“Kalau dia tak iktiraf vaksin yang diguna kita, macam mana takkan kita nak suntik banyak kali?” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia