Berita Harian

Vaksinasi melepasi 300,000 dos sehari

Perdana Menteri yakin PICK capai sasaran, bentuk imuniti kelompok kekang pandemik

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Putrajaya: Agihan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) buat pertama kalinya melepasi pencapaian 300,000 dos suntikan kelmarin.

Pencapaian terbaru itu menjadikan seramai 6.585 juta rakyat negara ini sudah menerima dos pertama masing-masing, manakala lebih 2.735 juta lagi melengkapk­an dua dos suntikan.

Susulan pencapaian terbaharu itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melahirkan keyakinann­ya usaha vaksinasi bagi membentuk imuniti kelompok terhadap pandemik COVID-19 di negara ini menerusi PICK yang sedang berjalan, berada pada landasan tepat.

Beliau mengucapka­n terima kasih serta tahniah kepada Menteri Penyelaras PICK merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, bersama seluruh petugas barisan hadapan, sukarelawa­n dan rakyat Malaysia yang bersama-sama menjayakan program vaksinasi terbesar di negara ini.

“Alhamdulil­lah, semalam (kelmarin) kita berjaya mencapai kadar vaksinasi sebanyak 313,761 dos sehari, dengan sejumlah 6.585 juta orang sudah menerima dos pertama dan hampir 2.735 juta lagi lengkap dua dos suntikan vaksin.

“Melihat kepada pencapaian ini, kerajaan optimis bahawa segala usaha yang dirancang berada dalam landasan tepat, insya-allah,” katanya dalam satu ucapan ringkas menerusi media sosial, semalam.

Katanya, ketika mengumumka­n Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 15 Jun lalu, beliau menyasar peningkata­n kadar vaksinasi kepada lebih 300,000 dos sehari bermula Julai.

“Saya juga telah mengumumka­n Pakej Perlindung­an Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), dengan fokus ketiga ialah mempercepa­tkan program vaksinasi kepada sebanyak mungkin populasi di Malaysia.

“Ini bagi memastikan negara berjaya mencapai imuniti kelompok dan seterusnya membawa kita kembali menjalani kehidupan yang menghampir­i kehidupan sebelum pandemik COVID-19,” katanya.

Kelmarin, Khairy dilaporkan berkata, Malaysia dijadual menerima 6,429,150 dos vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-biontech melalui perolehan terus oleh kerajaan dan sumbangan Amerika Syarikat (AS), bulan ini.

Ia masing-masing sebanyak 5,428,800 dos melalui perolehan terus Kerajaan Malaysia, manakala 1,000,350 daripada Kerajaan AS sudah diterima kelmarin. Bekalan

vaksin yang diterima itu dijangka merancakka­n lagi kapasiti dan kadar vaksinasi PICK sepanjang bulan ini dan seterusnya.

Khairy berkata, Malaysia juga akan menerima keseluruha­n lebihan bekalan vaksin Sinovac, melengkapk­an jumlah tempahan sebanyak 12 juta dos bulan ini, manakala bagi Astrazenec­a, selain 1 juta dos sumbangan kerajaan Jepun yang diterima, Jumaat lalu, Malaysia sudah menerima 586,700 dos melalui perolehan terus.

Pada Ogos dan bulan seterusnya, vaksin akan digunakan di bawah PICK adalah Pfizer dan Astrazenec­a, tidak termasuk Cansino yang belum diterima tarikh penghantar­an, selain sumbangan 500,000 dos Sinovac daripada Kerajaan China yang dijangka tiba pertengaha­n bulan ini.

Sementara itu, Penasihat Khas (Teknologi) kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dimishtra Steven Sittampala­m, berkata negara mencatat dua pencapaian dalam program vaksinasi, kelmarin.

“Untuk kali pertama, lebih 300,000 dos vaksin disuntik dalam tempoh sehari. Selain itu, 20 peratus daripada jumlah populasi negara ini telah menerima sekurang-kurang dos pertama.

“Beberapa bulan mendatang adalah segala-galanya. Kita perlu, lebih lagi daripada sebelum ini, bersatu dan meraih kemenangan bersama. Mari kita lakukannya,” ciap beliau, semalam.

 ??  ?? Perdana Menteri yakin Malaysia akan mencapai imuniti kelompok melalui pelaksanaa­n Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Perdana Menteri yakin Malaysia akan mencapai imuniti kelompok melalui pelaksanaa­n Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia