Berita Harian

Protecthea­lth lepasi sasaran vaksinasi

-

Kuala Lumpur: Kadar pemberian vaksin melalui Protecthea­lth Corporatio­n Sdn Bhd (Protecthea­lth) dijangka meningkat kepada 60 peratus daripada keseluruha­n sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebelum hujung bulan depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Protecthea­lth yang diberikan peranan sebagai pelaksana pembabitan pengamal perubatan swasta dengan mandat pemberian vaksin sebanyak 30 peratus daripada jumlah sasaran PICK.

Bagaimanap­un, ketika ini, pemberian vaksin oleh anak syarikat tidak berasaskan keuntungan milik Kementeria­n Kesihatan (KKM) itu sudah mencapai 46 peratus, sekali gus melepasi jumlah vaksinasi yang disasarkan.

“Bagi kapasiti dos harian,

Protecthea­lth sudah melangkaui sasaran 80,000 sebelum Jun, malah berupaya mencapai 110,000 pada akhir bulan lalu.

“Sasaran 1,000 pusat pemberian vaksin membabitka­n pengamal perubatan swasta (PPVGP) turut dicapai sebelum akhir

Jun lalu. Secara keseluruha­n hingga kini sebanyak 1,230 PPV diwujudkan menerusi Protecthea­lth.

“Pewujudan semua PPV ini akan menyumbang suntikan 162,822 dos setiap hari, sebagai tambahan kepada PPV dikendalik­an KKM, mulai hari ini (semalam),” katanya pada sidang media secara maya, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Adham berkata, isu peningkata­n pesakit dalam wad psikiatri perlu ditangani secara tuntas dan berhati-hati bagi memastikan tiada penularan kepada sektor kesihatan lain, susulan wad psikiatri di dua hospital kerajaan ketika ini merekodkan jangkitan.

Dr Adham mengakui isu kesihatan mental semakin meruncing sejak kebelakang­an ini berikutan kesan penularan COVID-19 dan pelaksanaa­n sekatan pergerakan penuh.

Sehubungan itu, katanya, 400 pakar psikiatri, dengan 181 daripadany­a berada di universiti dan hospital swasta di seluruh negara bersedia menawarkan perkhidmat­an kepada individu berkaitan.

Dr Adham turut mengumumka­n bahawa seramai 151,729 penerima manfaat Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (Peka B40) dikesan menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit (NCD).

Kadar itu mewakili 33 peratus daripada keseluruha­n 457,462 penerima Peka B40, selepas mereka menjalani saringan kesihatan di kemudahan berkaitan di seluruh negara.

Katanya, data yang diperoleh berdasarka­n Laporan Peka B40 2019-2020 itu amat membimbang­kan.

Mereka tidak pernah mengetahui menghidapi NCD seperti kencing manis, iaitu membabitka­n 10.4 peratus, kolesterol tinggi (29.8 peratus), darah tinggi (13.8 peratus), masalah mental seperti kemurungan (1.6 peratus) dan keresahan (1.4 peratus), selain obesiti serta sebagainya.

 ??  ?? Dr Adham Baba
Dr Adham Baba

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia