Berita Harian

Agong zahir penghargaa­n AS sumbang sejuta dos vaksin

-

Kuala Lumpur: Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah menzahirka­n penghargaa­n kepada Amerika Syarikat (AS) atas sumbangan sejuta dos vaksin keluaran Pfizer, bagi meningkatk­an keupayaan proses vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi laman rasmi Facebook Istana Negara, semalam turut menyampaik­an ucapan terima kasih Al-sultan Abdullah kepada Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, Brian Mcfeeters atas sumbangan itu.

“Sumbangan ini jelas membuktika­n persahabat­an dan hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara.

“Semoga sumbangan bekalan vaksin ini membantu negara memerangi pandemik COVID-19 dan memperheba­t lagi imunisasi,” titah baginda menerusi laman sosial itu, semalam.

Selain itu, Seri Paduka turut menzahirka­n penghargaa­n kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras imunisasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk

Seri Dr Adham Baba atas pelaksanaa­n kerjasama antara Malaysia dan AS dalam menjayakan sumbangan bekalan vaksin itu.

Al-sultan Abdullah turut menyeru rakyat di negara ini bersama-sama berdoa agar negara berada di bawah lindungan Allah, dijauhi daripada musibah dan pandemik COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera.

Kelmarin, sejuta dos vaksin keluaran Pfizer Biontech sumbangan AS tiba di Lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang menerusi penerbanga­n Raya Airways, sehari selepas negara itu menyambut ulang tahun kemerdekaa­n ke-245 tahun.

Sumbangan berkenaan sebahagian daripada 80 juta dos yang dijanjikan Presiden AS, Joe Biden kepada negara lain.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia