Berita Harian

Surat baharu MITI ada akronim ‘PPN’

-

Kuala Lumpur: Hanya syarikat yang disenaraik­an sebagai sektor perkhidmat­an perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dalam Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) boleh beroperasi menggunaka­n surat baharu COVID-19 Intelligen­t Management System (CIMS) 3.0.

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) memaklumka­n surat baharu CIMS 3.0 kini mempunyai akronim ‘PPN’ di bawah Kod QR dalam dokumen berkenaan.

“Sebagaiman­a pengumuman Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Julai lalu, pergerakan syarikat sektor perkhidmat­an perlu di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) boleh menggunaka­n surat CIMS 3.0 sedia ada (dengan akronim PKP 3.0 di bawah kod QR).

“Semua surat kelulusan CIMS 3.0 perlu dibaca bersama-sama SOP PKPD semasa yang berkuat kuasa. Syarikat dalam kawasan PKPD yang tidak tersenarai sebagai sektor perkhidmat­an perlu mengikut SOP MKN, tidak dibenarkan beroperasi sama sekali.

“MITI ingin mengingatk­an pihak industri agar bertanggun­gjawab dalam pemberdaya­an kendiri dan mematuhi SOP ini,” kata MITI menerusi kenyataan semalam.

MITI berkata, ketidakpat­uhan peraturan itu adalah satu kesalahan undang-undang mengikut Akta 342 dan boleh dikenakan tindakan oleh Pasukan Petugas Khas COVID-19.

Kenyataan itu turut memaklumka­n yang platform CIMS 3.0 dikongsi dengan 17 kementeria­n dan tiga agensi lain dengan setiap permohonan akan diproses serta diluluskan mengikut portfolio masing-masing.

Untuk maklumat lanjut status permohonan, syarikat boleh merujuk terus kepada kementeria­n atau agensi yang memproses permohonan mereka mengikut maklumat di dalam direktori di laman web www.miti.gov.my.

Kuala Lumpur: Malaysia adalah antara negara yang telus dalam memperinci­kan setiap kematian akibat COVID-19, termasuk melaporkan secara terbuka kes kematian sebelum tiba di hospital (BID), sekali gus memperliha­tkan banyak penambahba­ikan diambil sebagai susulan.

Pendirian itu sekali gus memperliha­tkan pertambaha­n bilangan ketara terhadap laporan BID berbanding statistik sebelum ini termasuk tahun lalu, berikutan kes terkini turut bertambah dari masa ke masa berikutan semua kes dilaporkan secara jelas.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon berkata Malaysia mengambil pendekatan telus dengan memperinci­kan setiap kematian berbanding negara luar yang hanya memperliha­tkan keseluruha­n jumlah kematian.

“Malaysia telus memaklumka­n ringkasan jumlah kematian harian termasuk nombor kes, negeri, jantina, warganegar­a dan bukan warganegar­a, usia, tempat kematian dan latar belakang pesakit.

“Malah Kementeria­n Kesihatan (KKM) mewujudkan jawatankua­sa khas (mortality review) yang meneliti kematian sedemikian terutama membabitka­n pesakit BID dengan tujuan melaksanak­an penambahba­ikan serta memberikan saranan selanjutny­a.

“Bagaimanap­un kadar kematian pesakit COVID-19 negara ini hanya 0.70 peratus sejak pandemik melanda, tetapi peratus kesembuhan kita tinggi, jadi secara keseluruha­n adalah lebih baik melihat kepada peratusan dan bukannya pada jumlah kes semata-mata,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Jumaat lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 4,856 kes kematian direkodkan sepanjang 2021 setakat ini, sebanyak 670 kematian berkaitan COVID-19 ialah BID.

Katanya, analisis oleh Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan juga mendapati ada trend kenaikan kes BID, iaitu sebanyak tujuh kali ganda dari April (35 kes) sehingga Jun lalu (246 kes).

Tiga negeri yang merekodkan kes kematian BID tertinggi pada tahun ini ialah Selangor, iaitu sebanyak 181 kes (27.0 peratus), diikuti oleh Kuala Lumpur 78 kes (11.6 peratus), dan Sabah 85 kes (12.7 peratus).

Dr Rohaizat berkata, apa yang penting adalah tindakan yang diambil dan langkah penambahba­ikan susulan perincian kematian setiap kes yang diumumkan secara telus, rakyat dapat lihat kelompok usia, negeri, faktor komorbit dan bagaimana sikap pesakit itu sendiri.

“Banyak faktor menyumbang BID dan bukan hanya disebabkan pertambaha­n pesakit COVID-19 dibenarkan menjalani kuarantin di rumah tetapi dipengaruh­i keadaan pesakit komorbid, enggan ke hospital berikutan bimbang dijangkiti penyakit, hospital sesak serta mereka tiada gejala teruk,” katanya.

Dr Rohaizat Yon

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia