Berita Harian

Mesyuarat MKT UMNO selepas tamat 14 hari

- Oleh Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Zanariah Abd Mutalib

Pertemuan secara maya bincang langkah susulan bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: UMNO akan mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mengenai langkah susulan, selepas tamat tempoh 14 hari diberikan kepada kerajaan untuk memanggil sidang Parlimen, kelmarin.

Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata mesyuarat itu bakal diadakan secara maya berikutan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur dan Selangor sedang dikenakan Perintah

Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD).

“Sudah pasti akan ada langkah susulan oleh UMNO dan ini akan diputuskan MKT. Setakat ini, kita belum pasti bila mesyuarat MKT akan diadakan,” katanya kepada BH, semalam.

Pada 21 Jun lalu, UMNO mendesak kerajaan memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.

Presidenny­a, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata desakan itu dibuat susulan pandangan dizahirkan Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, dan Raja-raja Melayu supaya sidang berkenaan diadakan secepat mungkin.

Pejabat Perdana Menteri kelmarin memaklumka­n, kerajaan bersetuju untuk menasihati Yang di-pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 diadakan selama lima hari, bermula 26 hingga 29

Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat, manakala tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos bagi Dewan Negara.

Persidanga­n Dewan Rakyat itu bertujuan memberi penerangan kepada semua Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN), selain meminda semua perundanga­n dan peraturan bagi membolehka­n persidanga­n Parlimen diadakan secara hibrid.

Mengulas keputusan kerajaan itu, Mohd Razlan berkata, kenyataan berkenaan tidak menyatakan sama ada PPN akan dibahaskan.

“Kita tidak tahu sama ada PPN akan dibahaskan atau hanya diberi penerangan. Jika dibahaskan, Ahli Parlimen berpeluang memberi cadangan bagi menambah baik PPN.

“Selain itu, ramai mempersoal­kan mengapa Parlimen perlu dibuat secara hibrid, sedangkan semua Ahli Parlimen sudah divaksin,” katanya.

Mengenai laporan beberapa media yang mendakwa sebahagian Ahli Parlimen UMNO menolak gesaan Ahmad Zahid supaya keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN), Mohd Razlan berkata, laporan itu hanya berdasarka­n sumber.

“Parti ini ada sistem dan struktur. Setiap kali kita mahu melakukan sesuatu, ia keputusan MKT. Tiada kena-mengena dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” katanya sambil menafikan MKT mengadakan perjumpaan kelmarin seperti yang didakwa.

Sementara itu di Sepang, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kini sibuk dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) selaku Menteri Penyelaras, mengaku tiada masa untuk melayan isu politik yang menyelubun­gi UMNO.

“Saya tidak ada masa bermain

Ahli MKT UMNO politik,” katanya ringkas sebelum mengakhiri sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), pagi semalam.

Beliau mengulas laporan media mengenai cadangan Ahmad Zahid dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak, yang dikatakan meminta semua Ahli Parlimen UMNO keluar daripada kerajaan PN.

Acryl Sani (tengah) meninjau kawasan PKPD di Flat Sri Sabah, Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

 ?? (Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) ??
(Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia