Berita Harian

Orang Asli parah dicakar harimau

-

Gua Musang: “Saya terkejut melihat bapa pulang berlumuran darah,” kata Kenwak Adin, 25, anak Orang Asli, Adin Andok, 45, mangsa dicakar harimau.

Mangsa cedera parah di kepala, perut, mata kiri, bahu dan lengan kiri dicakar harimau di kebunnya di Kampung Badak, Pos Bihai, petang kelmarin.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 petang ketika mangsa ke kebun tidak jauh dari rumahnya seorang diri.

Menurut Kenwak, bapanya yang menjerit meminta tolong dengan badan berlumuran darah dan mata separuh tertutup.

“Saya minta bantuan penduduk kampung untuk melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kerana keadaan bapa tenat,” katanya.

Kenwak berkata, bapanya selalu pergi ke kebun ubi kayu seorang diri dan tidak pernah terserempa­k dengan harimau.

Menteri Besar Selangor

“Mujur JAKOA dan pasukan perubatan dari Hospital Gua Musang cepat bertindak mengambil bapa menerima rawatan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Pembantu Pembanguna­n Masyarakat Unit Kesihatan dan Kebajikan JAKOA Gua Musang, Mohd Syakirin Ramli, berkata pihaknya menerima maklumat itu jam 6 petang.

Katanya, enam petugas kesihatan bersama seorang doktor serta pegawai JAKOA bergegas ke lokasi dan tiba jam 12 tengah malam di Pos Bihai.

“Keadaan mangsa parah dan banyak darah keluar. Mangsa dihantar ke hospital menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda.

“Alhamdulil­lah, mangsa dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, Adin dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

 ?? (Foto Danial Saad/bh) ?? Kebanyakan etnik Rohingya menjadi nelayan di Gertak Sanggul, Teluk Kumbar.
(Foto Danial Saad/bh) Kebanyakan etnik Rohingya menjadi nelayan di Gertak Sanggul, Teluk Kumbar.
 ?? (Foto ihsan pembaca) ?? Keadaan Adin parah dicakar harimau di Kampung Badak, Pos Bihai, petang kelmarin.
(Foto ihsan pembaca) Keadaan Adin parah dicakar harimau di Kampung Badak, Pos Bihai, petang kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia