Berita Harian

Rambut sihat sebalik tudung

-

SUDAH menjadi kebiasaan wanita Muslimah memakai tudung dalam jangka masa yang panjang.

Pada masa sama, di sebalik tudung tentunya tersimpan mahkota yang paling bernilai iaitu rambut.

Kadangkala dalam keadaan cuaca panas terlalu lama boleh menyebabka­n rasa kurang selesa.

Ada juga antara kaum hawa yang mengalami masalah kulit kepala atau rambut rosak.

Jangan risau kerana di bawah ini terdapat beberapa tip yang mungkin anda boleh praktikkan untuk menjaga mahkota berharga anda itu.

1. Jangan terus menyarung tudung ketika rambut masih basah

Pastikan rambut dalam keadaan kering sebelum menyarung tudung kerana keadaan rambut yang basah dan tertutup boleh menyebabka­n rasa gatal pada kulit kepala.

Apatah lagi, bagi mereka yang mempunyai kulit kepala yang sensitif.

2.Pilih fabrik sesuai dan selesa

Ketika ini di pasaran banyak jenis kain tudung ditawarkan kepada pengguna.

Jangan malu untuk bertanya jenis kainnya kerana jika jenis panas menyebabka­n rasa kurang selesa.

Apatah lagi, berada di luar rumah dalam tempoh lama.

3.Buat rawatan rambut

Tidak salah juga manjakan rambut anda dengan bertandang ke salun untuk melakukan rawatan yang sesuai kerana ia juga mempunyai penjagaan khusus.

4.Pakai semburan rambut

Terdapat juga pelbagai semburan rambut dijual di pasaran.

Pastikan anda memilih yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala.

Walaupun anda ingin mengelakka­n ia berbau tetapi pastikan produk semburan tidak memberi kesan buruk kepada mahkota anda itu.

5.Jaga pemakanan

Sebenarnya pemakanan juga penting bagi memastikan kulit kepala dalam keadaan baik dan rambut tumbuh sempurna.

Walaupun memakai tudung dalam tempoh lama tetapi anda bijak menjaga pemakanan boleh membantu menjadikan kulit kepala sihat.

Rambut sihat dan cantik

RAMBUT adalah mahkota bagi setiap wanita. Tidak hairan jika ramai yang mengimpika­n untuk memiliki rambut sihat dan cantik bermaya.

Namun, masih ramai wanita yang gagal memiliki rambut idaman lantaran pemilihan dan penggunaan rangkaian penjagaan yang tidak sesuai.

Ini kerana ada rangkaian penjagaan mengandung­i bahan yang merosakkan kesihatan dan kecantikan rambut.

Justeru, bagi memberi pilihan kepada wanita di negara ini, Safi Shayla, pakar penjagaan rambut wanita berhijab melancarka­n rangkaian Penjagaan Rambut Supa baharu yang mampu memberikan hasil rambut yang teramat hebat setiap hari dalam dua langkah mudah.

Jenama berkenaan sudah tidak asing lagi dan terkenal dengan rumusannya yang selamat serta semula jadi.

Nama rangkaian produk baru ini, Supa, merupakan slanga berjiwa muda, bergaya dan urban yang bermaksud “Super (hebat)”, khas menyasarka­n pengguna yang terdiri daripada para hijabi yang muda. Safi ingin terus memberi inspirasi kepada wanita muda supaya mereka percaya bahawa mereka memiliki kehebatan untuk menjadi apa saja yang mereka diimpikan, termasuk memiliki rambut yang sihat dan cantik.

Selain menempuh cabaran mencapai impian, para hijabi juga harus menhadapi masalah rambut seperti rambut kering, berminyak, leper serta berbau kepam di rutin harian. Kombo penjagaan rambut Syampu dan Krim Tanpa Bilas Supa Lembut & Wangi merupakan penjagaan menyeluruh yang dirumus khas bagi memberikan rambut berhijab kelembutan yang lebih hebat dan rasa supa ringan, digandingk­an dengan haruman yang berkekalan sehingga 72 jam lamanya. Selain memiliki Minyak Habbatus Sauda Organik yang penuh bernutrisi, formulasi rangkaian ini juga ditambah dengan kombinasi minyak pati semula jadi yang mampu memberikan anda rambut lebih berkhasiat!

Dua Langkah Mudah untuk memiliki Rambut yang sihat setiap hari:

1. Gunakan syampu bagi mencapai kelembutan yang hebat bak sutera, kerana ia menjadikan rambut lebih lembut, lebih mudah diurus, tidak berminyak dan ringan, berserta haruman menawan yang berkekalan sehingga 72 jam! 2. Sapukan Krim Tanpa Bilas pada rambut yang lembap untuk mentransfo­rmasikan rambut kusut dan tidak terurus kepada belaian rambut yang lembut bak sutera dengan haruman menawan! Mejimatkan masa tanpa perlu bilas, mudah dan tanpa rasa melekit!

Krim Tanpa Bilas ini memiliki fungsi pelbagai kegunaanny­a seperti pelindung haba, penggaya dan pengh rambut sebelum dan selepas membuka tudung ataupun bilabila masa jua! Bagi mereka yang mengalami masalah rambut gugur, Krim Tanpa Bilas Safi juga terdapat dalam variasi lainnya iaitu Kawalan Rambut Gugur dan Wangi yang mempunyai kandungan tambahan bunga calendula bagi membantu mengukuhka­n struktur rambut dan mengurangk­an masalah keguguran rambut.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia