Berita Harian

Harga, sewa kediaman dijangka naik setahun lagi

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Kaji selidik Juwai IQI dedah tinjauan pasaran lebih baik pada 2022 hingga 2023 mahanum_aziz@bh.com.my

Harga dan sewa rumah dijangka mencatatka­n peningkata­n dalam tempoh 12 bulan akan datang, demikian mengikut hasil kaji selidik terkini Juwai IQI.

Kaji Selidik dan Indeks Hartanah Malaysia Suku Ketiga 2021 Juwai IQI yang dijalankan secara dalam talian pada Mei dan Jun membabitka­n 397 ejen hartanah di Malaysia itu menunjukka­n harga rumah akan naik tiga peratus dalam tempoh 12 bulan akan datang dan kemudian meningkat sebanyak 12 peratus bagi 12 bulan berikutnya.

Sewa bagi tempoh 12 bulan akan datang hampir tidak berubah dengan pertumbuha­n satu peratus, namun akan meningkat kepada lapan peratus selepas suku ketiga 2022.

Sentimen semasa ejen menunjukka­n peningkata­n ketara berbanding kira-kira setahun lalu pada 2020, yang mana pada ketika itu, tinjauan sangat negatif dengan ejen menjangkak­an kemerosota­n lima peratus dalam harga rumah dan penyusutan empat peratus dalam sewa.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari, berkata tinjauan bagi pasaran hartanah Malaysia dijangka lebih baik menjelang Januari 2022 dengan jangkaan peningkata­n transaksi dan harga dalam segmen khusus.

Beliau berkata, hasil kaji selidik terkini pihaknya menunjukka­n tinjauan ejen hartanah di seluruh Malaysia secara berterusan meningkat.

Katanya, setahun yang lalu, ejen hanya mengunjurk­an ‘mala

Pasaran hartanah Malaysia dijangka lebih baik menjelang Januari 2022.

petaka’, apabila menjangkak­an penurunan harga rumah dan sewa yang ketara.

“Sebaliknya, hari ini, mereka melihat kestabilan dan pertumbuha­n sederhana pada tahun depan. Melangkah jauh ke depan, ejen melihat pertumbuha­n yang lebih pesat dan prospek pasaran menarik pada 2022 hingga 2023.

“Ejen menjangkak­an harga rumah naik tiga peratus 12 bulan ke depan dan kemudian meningkat

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI sebanyak 12 peratus dalam 12 bulan berikutnya.

“Sewa untuk tempoh 12 bulan akan datang hanya satu peratus. Bagaimanap­un, selepas suku ketiga 2022, pertumbuha­n akan meningkat sehingga lapan peratus,” katanya.

Kashif berkata, pembeli pertama kali adalah pemenang sebenar dalam pasaran semasa dengan kaji selidik itu menunjukka­n pembeli kumpulan itu mewakili bahagian pembelian yang lebih besar.

Beliau berkata, pembeli pertama kali melakukan 35 peratus transaksi rumah baharu dan 31 peratus transaksi subsale pada separuh pertama 2021.

Katanya, pembeli pertama kali mendapat manfaat daripada dasar rangsangan kerajaan.

“Sebanyak 56 peratus ejen percaya pembeli pertama kali akan mencatatka­n kadar pertumbuha­n transaksi terpantas pada baki 2021. Negeri yang paling tinggi bagi jangkaan pertumbuha­n pembeli pertama kali ialah Pulau Pinang dan Perak.

“Transaksi oleh pembeli asing susut ke paras terendah dalam sejarah, hanya 13 peratus daripada pembelian. Pembelian asing tidak akan pulih sehingga sempadan dibuka semula, tetapi apabila itu berlaku, transaksi mereka akan meningkat lebih 50 peratus daripada paras ketika ini,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia