Berita Harian

Urus niaga e-dagang meningkat 30 peratus

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Malaysia raih pendapatan perniagaan RM254.6B suku pertama tahun ini zaky@bh.com.my

Sektor e-dagang Malaysia mencatatka­n pendapatan RM254.6 bilion pada suku pertama tahun ini, melonjak 30 peratus daripada RM195.9 bilion yang diraih tempoh sama tahun lalu, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pertumbuha­n positif itu dipacu sektor pembuatan dan perkhidmat­an.

“Pencapaian pendapatan e-dagang pada suku pertama 2021 juga lebih tinggi berbanding RM245.4 bilion yang diraih pada suku keempat tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tahun lalu, e-dagang Malaysia meraih pendapatan RM896.4 bilion, melonjak 32.7 peratus berbanding yang diraih pada 2019.

Perbanding­an suku ke suku tahun pula menyaksika­n RM195.9 bilion direkodkan pada suku pertama 2020, diikuti RM216.9 bilion pada suku kedua.

Pendapatan e-dagang terus menunjukka­n trend peningkata­n pada suku ketiga dengan meraih RM238.2 bilion dan RM245.4 bilion pada suku terakhir tahun lalu.

Mengulas mengenai pencapaian tahun lalu, Mohd Uzir berkata, prestasi lebih baik itu didorong oleh norma baharu yang dicetuskan COVID-19 yang merangsang adaptasi digital.

“Pendapatan e-dagang meningkat 22.8 peratus pada 2019 berbanding mencatatka­n RM675.4 bilion.

“Pendapatan e-dagang pada 2019 bagi pasaran tempatan yang dijana daripada jualan domestik, meningkat 21.7 peratus kepada RM591.8 bilion, manakala jualan antarabang­sa melonjak 31.9 peratus kepada RM83.5 bilion.

“Pendapatan e-dagang mengikut jenis pelanggan melalui perniagaan kepada perniagaan (B2B) meningkat 13 peratus kepada RM449.6 bilion, diikuti perniagaan kepada pengguna (B2C) naik 53.3 peratus kepada RM194.0 bilion, manakala perniagaan kepada kerajaan (B2G) turut meningkat 55.7 peratus kepada RM31.8 bilion,” katanya.

Beliau menjelaska­n, perbelanja­an e-dagang turut merekodkan pertumbuha­n 14.8 peratus kepada RM301.5 bilion.

“Perbelanja­an e-dagang bagi

Ketua Perangkawa­n pasaran tempatan tumbuh 15.3 peratus kepada RM269.6 bilion, manakala perbelanja­an pasaran antarabang­sa meningkat 10.8 peratus kepada RM31.9 bilion.

“Perbelanja­an e-dagang mengikut jenis pelanggan melalui B2B meningkat 14.1 peratus kepada RM277.6 bilion, diikuti B2C melonjak 24.6 peratus kepada RM14.8 bilion, sementara B2G meningkat 22.6 peratus kepada RM9.1 bilion,” katanya.

Bagi penggunaan internet, Mohd Uzir berkata, ia merekodkan peningkata­n 11.9 peratus kepada 85.2 peratus, diikuti oleh komputer 7.3 peratus kepada 86.2 peratus dan web presence 16.1 peratus kepada 53.9 peratus.

“Sektor maklumat & komunikasi dan kewangan & takaful/ insurans menggunaka­n sepenuhnya internet dan komputer dalam perniagaan,” katanya.

Beliau menambah, pertumbuha­n pesat dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan e-dagang di Malaysia menunjukka­n perniagaan telah beralih kepada laluan digital seiring dengan perkembang­an teknologi global.

Sebanyak lima syarikat pemula niaga tempatan yang bersedia memenuhi permintaan digital dalam norma baharu, mengemukak­an penyelesai­an digital inovatif mereka kepada pelabur dan pemodal teroka pada Hari Demonstras­i ‘Cyberview Living Lab Accelerato­r (CLLA) 2021’ yang diadakan baru-baru ini.

Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd, Najib Ibrahim berkata syarikat itu gembira kerana dapat menyokong syarikat pemula niaga yang membawa idea perniagaan mereka ke peringkat yang seterusnya menerusi program CLLA di Cyberjaya.

“Teknologi pendidikan, teknologi hartanah dan penyelesai­an berasaskan teknologi yang dikembangk­an oleh kohort terbaharu memiliki potensi yang semakin meningkat dalam persekitar­an perniagaan semasa.

“Syarikat pemula niaga berkenaan berada di landasan yang betul dengan idea perniagaan mereka dan kami yakin bahawa ia akan menarik minat pelabur dan pemodal teroka,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat pemula niaga terbabit akan berpeluang menjalin hubungan dengan pakar dalam industri yang berkaitan ketika proses bimbingan selama lima bulan, memformula­sikan strategi dan perundinga­n, dengan bimbingan Cyberview.

Berpangkal­an di ruang kerjasama bandar pintar yang disediakan oleh Cyberview dikenali sebagai Coinnov8, syarikat pemula niaga itu juga dapat menikmati perkhidmat­an bernilai tambah yang bernilai lebih RM100,000.

Syarikat yang menyertai adalah Roomah, Linkup Smart Solutions, Pandai, Synapse Innovation dan Move Robotic.

Roomah adalah platform pengurusan hartanah yang menukar bilik hotel yang kosong kepada penyewaan dengan kadar sederhana yang fokus kepada trend hidup nomad dalam kalangan generasi muda.

Linkup Smart Solutions pula mengaplika­sikan teknologi Internet Pelbagai Benda (IOT) dan automasi dalam menawarkan kesalinghu­bungan yang lancar di rumah.

Pandai menawarkan aplikasi pembelajar­an berasaskan kurikulum untuk pelajar sekolah yang belajar di rumah manakala Synapse Innovation menyediaka­n penyelesai­an analisis ramalan yang dikuasakan oleh mesin pembelajar­an dan teknologi awan bagi meningkatk­an kecekapan industri.

Sementara, Move Robotic pula menyediaka­n perkhidmat­an robot autonomi bagi memperkasa­kan syarikat yang mempertimb­angkan keupayaan beroperasi dalam jarak jauh untuk kelangsung­an perniagaan dalam keadaan norma baharu.

Sejak ditubuhkan pada 2013, Cyberview sudah membimbing 85 syarikat baharu untuk memajukan inovasi mereka melalui program CLLA, termasuk yang dikemukaka­n semasa Hari Demonstras­i pada 22 Jun.

Selain pelaburan berjumlah RM158 juta, program ini juga berjaya membantu syarikat pemula niaga menjana lebih RM241 juta jumlah pendapatan dengan lebih 550 pekerjaan diciptakan hingga kini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia