Berita Harian

UMW Toyota Motor tambah pelaburan RM270J

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Langkah perluas operasi, perkenal barisan kenderaan hibrid elektrik berteknolo­gi maju hazwanfais­al@mediaprima.com.my

UMW Toyota Motor akan melabur RM270 juta lagi di Malaysia untuk memperluas­kan operasi dan kemudahan pengeluara­n sedia adanya, termasuk pengenalan generasi kenderaan teknologi termaju bagi kenderaan hibrid elektrik (HEV).

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama, berkata pelaburan baharuitua­dalahtamba­han kepada pelaburan terdahulu bernilai RM2 bilion yang digunakan untuk pembinaan kilang di Bukit Raja.

Dianggap sebagai sebuah kilang Toyota paling moden dan termaju serta cekap di Asia, kemudahan di Bukit Raja menjadi pendahulu selari dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab automotif serantau bagi kenderaan cekap tenaga (EEV).

Beliau berkata, syarikat bersedia dengan pengenalan barisan kenderaan HEV dan teknologi berkaitan termasuk sokongan servis, prasarana semasa; dasar global dan domestik; tahap mampu milik dan keberkesan­an kos; serta kesedaran serta permintaan pelanggan.

“Ini terutama di Malaysia, yang kini berada pada tahap paling ideal untuk membolehka­n kami meneruskan perjalanan baharu yang menarik ke arah mencapai neutraliti karbon ini.

“HEV Toyota sedang berada pada tahap paling maju ketika ini dan menonjol sebagai penyelesai­an paling realistik, segera, ekonomikal serta praktikal bagi pengeluara­n pasaran dan jualan massa dari segi penguranga­n pembebasan karbon dioksida (CO2), kemudahan penggunaan dan penerimaan harga oleh pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Takeyama berkata, arah tuju global Toyota adalah untuk mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050, yang juga selari dengan aspirasi kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara progresif yang mempromosi lebih banyak teknologi hijau dan alam

UMW Toyota Motor sebelum ini melabur RM2 bilion bagi pembinaan kilang di Bukit Raja yang menjadi kemudahan paling moden dan termaju di Asia.

Akio Takeyama sekitar yang mapan.

Katanya, ini adalah waktu yang menarik bagi industri automotif Malaysia dan UMW Toyota Motor bersedia untuk menjadi pelopor kepada impian ini.

“Untuk mencapainy­a dengan penyelesai­an paling realistik, praktikal dan segera adalah melalui teknologi dan kenderaan hibrid elektrik Toyota.

“Pengeluara­n massa dan penerimaan yang semakin berkembang terhadap kenderaan hibrid elektrik akan membawa kepada perubahan ekosistem keseluruha­n automotif bagi memupuk kesedaran bersama dan bergerak ke arah mengurangk­an jejak karbon di Malaysia,” katanya.

Toyota adalah pelopor utama teknologi kenderaan hibrid elektrik dan memajukan lagi teknologi berkenaan dalam tempoh 20 tahun terakhir ini.

Setakat hari ini, Toyota menjual sebanyak 17 juta HEV; kenderaan hibrid elektrik plug in (PHEV); kenderaan bateri elektrik (BEV) serta kenderaan elektrik fuel cell hidrogen (FCEV) di seluruh dunia.

Sumbangan terkumpul Toyota untuk penguranga­n CO2 adalah bersamaan dengan 17 juta kenderaan yang membawa kepada penguranga­n 140 juta CO2 atau sekitar 1.5 juta kenderaan penumpang konvension­al setahun bagi tempoh 20 tahun.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia