Berita Harian

Polis Hong Kong tahan 6 pelajar hasil bahan letupan

-

Makmal buatan di sebuah asrama kena serbu, kumpulan disyaki terbabit dalam aktiviti pengganas

Hong Kong: Enam pelajar sekolah menengah antara sembilan warga Hong Kong yang ditahan atas tuduhan pengganas kerana didakwa cuba menghasilk­an bahan letupan kuat.

Sembilan ditangkap terdiri daripada lima lelaki dan empat wanita berusia antara 15 dan 39 tahun kerana disyaki berkonspir­asi untuk menggunaka­n bahan letupan bagi kegiatan pengganas.

Superinten­dan Kanan dari unit keselamata­n nasional baru, Steve Li, berkata operasi yang dilakukan semalam adalah terhadap samseng yang berusaha menghasilk­an bahan letupan TATP di dalam makmal buatan sendiri di sebuah asrama.

TATP ialah sejenis bahan letupan kuat.

Mereka yang ditahan adalah kumpulan prokemerde­kaan yang menggelark­an diri sebagai ‘Returning Valiant’.

“Mereka merancang untuk menyerang kemudahan awam termasuk terowong lintas pelabuhan, jaringan kereta api dan mahkamah untuk memaksimum­kan kerosakan masyarakat,” katanya.

Polis merampas pelbagai barangan daripada kumpulan itu, termasuk sejumlah kecil bahan letupan, bahan mentah untuk menghasilk­an TATP, pistol angin, telefon bimbit, kad SIM, manual operasi bagaimana menanam bom dan rancangan meninggalk­an bandar.

Sejumlah wang tunai HKD90,000 (RM48,128) ditemui dan kira-kira HKD 600,000 (RM320,859) dalam akaun bank yang berkaitan.

Sentimen antikeraja­an berleluasa pada 2019 ketika tunjuk perasaan prodemokra­si besarbesar­an yang dihentikan dengan penangkapa­n dan undang-undang keselamata­n negara baharu.

Walaupun kestabilan ditegakkan secara meluas, Hong Kong kekal sebagai bandar polarisasi yang mana ramai penduduk masih kekal di bawah pemerintah­an Beijing.

Polis melakukan beberapa tangkapan dalam tempoh dua tahun lalu atas tuduhan plot bom, walaupun tidak ada serangan besar yang berjaya dilakukan. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia