Berita Harian

Jeneral tentera Korea Selatan cabul pegawai wanita ditahan

-

Seoul: Seorang jeneral tentera Korea Selatan ditahan atas dakwaan mencabul kehormatan seorang pegawai wanita, kata pihak berkuasa, semalam.

Ia adalah satu lagi jenayah seksual dalam kalangan tentera susulan kes bunuh diri seorang anggota tentera udara negara itu yang juga mangsa serangan seksual di Korea Selatan.

Menurut laporan agensi berita Yonhap, jeneral berkenaan digantung tugas dan ditahan selepas pegawai wanita itu membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Jurucakap Kementeria­n Pertahanan Korea Selatan, Boo Seung-chan, berkata segala sokongan perundanga­n dan institusi akan disediakan untuk membantu mangsa kembali kepada kehidupan biasa secepat mungkin.

“Satu siasatan sedang berjalan. Kami akan meneliti dengan terperinci kes ini dan mengambil langkah selanjutny­a,” katanya pada sidang media.

Kejadian itu menjadi kejutan kerana pihak tentera masih terkesan dengan kematian sarjan master tentera laut bernama Lee, yang membunuh diri Mei lalu, tiga bulan selepas didakwa menjadi mangsa cabul dan serangan seksual lain oleh rakan sama pangkat.

Siasatan terperinci sedang dilaksanak­an berhubung dakwaan pegawai tentera laut cuba menyembuny­ikan kes itu tanpa memberikan bantuan sewajarnya kepada mangsa.

Susulan kritikan terhadap kegagalan tentera melindungi Lee, Kementeria­n Pertahanan melancarka­n laporan khas untuk mencari dan melindungi mangsa serangan seksual lain, dan menyerahka­n kira-kira 20 kes kepada penyiasat untuk diteliti. AGENSI

Baltulmaqd­is: Larangan terhadap warga Arab dan penduduk Israel yang memanjangk­an hak mereka kepada pasangan Palestin pada 2003 berakhir semalam selepas penggubal undang-undang gagal memperluas langkah kontrovers­i.

Permintaan Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett untuk memanjangk­an larangan itu sudah memecahbel­ahkan gabunganny­a dengan kedua-dua sayap kiri Yahudi dan konservati­f Arab yang menentang kuat.

Dalam pengundian awal semalam, Parlimen terikat 59 undi kepada 59, bermaksud langkah itu sudah tidak berlaku.

Keputusan itu menunjukka­n majoriti tipis gabungan Bennett di Parlimen 120 kerusi.

Lapan parti dalam gabungan itu bersatu sedikit demi sedikit tetapi mereka saling bermusuhan dengan pemimpin pembangkan­g Benjamin Netanyahu, yang dilucutkan jawatannya bulan lalu selepas 12 tahun berkuasa.

Larangan kali pertama dilakukan ketika pemberonta­kan kedua Palestin, dibenarkan oleh penyokong atas faktor keselamata­n, tetapi pengkritik menganggap­nya sebagai tindakan diskrimina­si yang menyasarka­n minoriti Arab Israel.

Larangan itu menyebabka­n komplikasi yang tidak berkesudah­an bagi penduduk Palestin yang tinggal di seluruh Israel dan wilayah yang didudukiny­a sejak 1967.

Sementara itu, dalam tunjuk perasaan di luar Parlimen kelmarin, beberapa orang menceritak­an kesukaran mendapat keizinan untuk bersama dengan pasangan mereka atau risiko memasuki wilayah Israel tanpa izin.

Penduduk, Ali Meteb, berkata isterinya tidak memiliki hak tinggal Israel hingga menyebabka­n keluargany­a ‘dipenjara berterusan’.

“Saya meminta hak kami supaya isteri saya memiliki kerakyatan Israel, hak tinggal dan kebebasan bergerak,” katanya.

Ketua Hamoked, sebuah kumpulan hak asasi manusia Israel yang memberikan perkhidmat­an undang-undang kepada rakyat Palestin, Jessica Montell, berkata puluhan ribu keluarga tidak mendapat hak oleh undangunda­ng itu. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Seorang wanita memegang tanda menentang undang-undang larangan terhadap warga Arab dan penduduk Israel di luar Parlimen, kelmarin.
(Foto AFP) Seorang wanita memegang tanda menentang undang-undang larangan terhadap warga Arab dan penduduk Israel di luar Parlimen, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia