Berita Harian

PM Thailand kena kuarantin selepas berswafoto

-

Bangkok: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha menjalani kuarantin di rumah selama seminggu selepas menjadi kontak rapat seorang ahli perniagaan yang disahkan positif selepas menjalani ujian saringan COVID-19.

Prayuth menjadi kontak rapat Ketua Dewan Perdaganga­n Surin, Veerasak Pisanuwong, yang berswafoto dengan Perdana Menteri itu ketika majlis pembukaan semula Phuket, Khamis lalu.

Jurucakap kerajaan, Anucha Burapachai­sri, berkata Prayuth yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 Astrazenec­a didapati negatif.

“Perdana menteri akan menjalanka­n tugasnya seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam tempoh 24 jam, Thailand melaporkan 6,166 kes baharu COVID-19 dan 50 kematian. Secara keseluruha­n Thailand setakat ini mencatatka­n 289,233 kes dan korban seramai 2,276.

Jurucakap Pusat Pentadbira­n Situasi COVID-19 (CCSA), Dr Taweesin Visanuyoth­in, berkata daripada kes baharu itu 6,154 adalah jangkitan tempatan, termasuk 2,109 melalui pengesanan kes aktif dan 12 kes import.

Beliau berkata, Bangkok yang menjadi pusat penularan wabak melaporkan 1,729 kes baharu, diikuti Samut Prakan (411), Samut Sakhon (389), Pathum Thani (352) dan Songkhla (318).

Mengenai kes kematian pula, ia membabitka­n 34 lelaki dan 16 wanita berusia antara 28 hingga 91 tahun, termasuk di Bangkok seramai 17, Nonthaburi (sembilan), Samut Prakan (enam) dan Chachoengs­ao (tiga).

Di tengah-tengah lonjakan kes COVID-19, pihak berkuasa mempergiat usaha mendirikan lebih banyak hospital medan serta menambah katil hospital.

Pengarah Bahagian Berita, Jabatan Penerangan Kementeria­n Luar, Pensom Lertsithic­hai, berkata lebih 90 peratus katil hospital di Bangkok sudah digunakan.

Berikutan itu, Kementeria­n Kesihatan Awam menambah 1,500 lagi katil di hospital medan Bussarakha­m, di Impact Nonthaburi Muang Thong Thani.

Beliau berkata, lebih 30 wilayah akan menerima pesakit COVID-19 yang bekerja di Bangkok bagi mengatasi masalah kekurangan katil, selain pesakit balik ke kampung halaman masing-masing untuk menerima rawatan di bawah inisiatif No One Left Behind.

“CCSA turut mengarahka­n Bangkok Metropolit­an Authority (BMA) membuka 20 lagi pusat pengasinga­n untuk menampung pesakit COVID-19 yang sedang menunggu untuk dimasukkan ke wad,” katanya. BERNAMA

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia