Berita Harian

Indonesia import oksigen, situasi kritikal

-

Jakarta: Indonesia sedang mendapatka­n sumber oksigen kecemasan bagi pesakit COVID-19 dari Singapura dan meminta bantuan dari negara lain, termasuk China berikutan situasi yang kritikal ketika ini.

Kira-kira 10,000 alat yang menghasilk­an oksigen dihantar menggunaka­n pesawat kargo Hercules, semalam.

Menteri Kanan, Luhut Binsar Pandjaitan, berkata pihaknya sudah berkomunik­asi dengan Singapura, China dan sumber lain untuk mendapatka­n bantuan.

“Kami juga akan memesan oksigen dari negara lain jika kami masih berasakan bahawa bekalannya tidak mencukupi,” katanya.

Pandjaitan kelmarin mengarahka­n bekalan oksigen seluruh negara dihantar ke hospital yang dipenuhi oleh pesakit COVID-19, sambil mengingatk­an Indonesia boleh berdepan senario terburuk jika jangkitan melambung hingga 50,000 sehari disebabkan varian Delta.

Indonesia melaporkan 29,745 jangkitan baru dan 558 kematian akibat COVID-19 kelmarin, selepas kerajaan memerintah­kan pencegahan virus baharu di ibu negara Jakarta, Jawa dan di pulau Bali.

Sistem penjagaan kesihatan Indonesia berada pada tahap kritikal dan hampir semua tidak menerima pesakit lagi, sehingga memaksa keluarga yang terdesak mencari tangki oksigen untuk merawat mangsa dan ada yang meninggal dunia di rumah.

Organisasi bukan kerajaan, Save the Children dalam satu kenyataan berkata, sistem kesihatan berada pada ambang kehancuran, hospital dipenuhi pesakit, bekalan oksigen hampir habis dan perkhidmat­an kesihatan di Jawa dan Bali tidak lengkap untuk menangani lonjakan kes COVID-19.

Negara keempat paling padat di dunia itu menyaksika­n jumlah harian jangkitan berlaku lebih empat kali ganda dalam masa kurang sebulan dan jumlahnya 2.3 juta kes dengan 61,140 kematian.

Namun, angka itu dipercayai tidak tepat kerana ujian rendah dan langkah pengesanan yang teruk. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia