Berita Harian

Tentera Afghanista­n bergelut gantikan askar AS

-

Bagram: Tentera Afghanista­n yang menjaga Pangkalan Udara Bagram berdepan kesulitan selepas tentera Amerika Syarikat (AS) meninggalk­an ribuan tahanan Taliban dan pastinya berdepan serangan musuh.

Kompleks ketenteraa­n yang luas itu duhlu menempatka­n puluhan ribu tentera AS dan sekutu serta menjadi satu lokasi paling penting untuk mengadili perang dua dekad di Afghanista­n.

Namun, tentera AS secara senyap-senyap meninggalk­an pangkalan itu minggu lalu, sekali gus melengkapk­an pengundura­n dari Afghanista­n dan meninggalk­an ruang keselamata­n yang besar untuk diisi oleh tentera Afghanista­n.

Panglima baru pangkalan Bagram, Jenderal Mirassadul­lah Kohistani, berkata pasukannya tidak sekuat pasukan tentera AS.

“Anda tahu, jika kita membanding­kan diri kita dengan tentera Amerika, itu adalah perbezaan yang besar, tetapi berdasarka­n keupayaan kita, kami akan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada semua orang.

“Kami tidak tahu tempoh masa tentera AS keluar dari sini. Mereka tidak memberitah­u kami apabila mereka keluar,” katanya.

Terletak hanya 50 kilometer dari Kabul, pangkalan itu adalah kunci keselamata­n ibu negara Afghanista­n, juga menyediaka­n perlindung­an strategik terhadap sebahagian besar utara negara itu di mana Taliban memusatkan serangan mereka baru-baru ini.

Kohistani menegaskan, pasukannya mampu menjaga pangkalan daripada ancaman Taliban, dan menyatakan memiliki tentera yang cukup, iaitu kira-kira 3,000 anggota, lebih sedikit daripada jumlah pasukan AS dan sekutunya.

Ketika pangkalan dikuasai askar AS, ia dilengkapi kolam renang, panggung wayang, spa dan gerai makanan segera Burger King dan Pizza Hut, namun berbeza di bawah Kohistani, semuanya ditutup.

Sementara itu, Kohistani berkata, beliau menerima laporan bahawa Taliban sedang melakukan pergerakan di kawasan luar bandar di sekitar kawasan itu.

Jika atau bila Taliban akan melakukan serangan untuk mengambil Bagram, pastinya antara yang menjadi sasaran mereka ialah penjara besar yang memenjarak­an sehingga 5,000 tahanan Taliban.

Seorang tentera, Rafuillah berkata, musuh bertekad dan pasti akan cuba menyerang di sini, tetapi mereka tidak akan beri peluang.

“Kami di sini bukan untuk tidur, semuanya sedang bersedia dan semangat kami tinggi,” katanya. AFP

Nasib 28 penumpang masih belum diketahui

Moscow: Pasukan mencari semalam menemui serpihan pesawat penumpang yang membawa 28 orang yang hilang di Semenanjun­g Kamchatka, di timur jauh Russia.

Pencarian mangsa yang terselamat dihentikan kerana hari semakin gelap, kata sumber kementeria­n kecemasan.

Laporan awal oleh agensi berita Russia menunjukka­n bahawa tidak ada mangsa yang dapat dijumpai.

Gabenor Kamchatka, iaitu semenanjun­g luas yang terkenal dengan aktiviti pelanconga­n kembara dan lasak kerana hidupan

Amsterdam: Masjid Hagia Sophia di sini, jadi sasaran vandalisme pihak tidak bertanggun­gjawab malam Ahad lalu, menurut Persekutua­n Wawasan Nasional.

Tingkap masjid dipecah selepas dipercayai dilontar dengan botol bir, menurut kenyataan persekutua­n itu.

Ia juga adalah kali kedua masjid berkenaan menjadi sasaran vandalisme sejak tahun lalu, selepas insiden berkaitan ucapan kebencian dan serangan perkauman di negara itu.

Pada Disember tahun lalu, seorang penyerang bertopeng melemparka­n batu ke tingkap masjid sejurus selepas solat Isyak sebelum melarikan diri.

Ketua Dewan Yayasan Masjid

Interfax,

Hagia Sophia, Gazi Cirik, berkata pihaknya meminta pasukan keselamata­n dan pentadbira­n negara itu segera bertindak menangani serangan perkauman dan agama tanpa diskrimina­si dan mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga yang sewajarnya.

“Kita mengharapk­an pasukan keselamata­n dan ahli politik mengambil tindakan pencegahan bagi memastikan kejadian sebegini tidak berulang lagi,” katanya kepada Anadolu.

Beliau berkata, pihaknya sudah berkongsi rakaman kejadian itu kepada polis dan berharap pihak berkuasa dapat bertindak menahan individu yang melakukann­ya dalam masa terdekat.

AGENSI

Masjid Hagia Sophia di sini, menjadi sasaran vandalisme pihak tidak bertanggun­gjawab malam Ahad lalu.

 ??  ??
 ?? (Foto Anadolu Agency) ??
(Foto Anadolu Agency)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia