Berita Harian

Serpihan pesawat Russia ditemui

-

liar dan gunung berapi hidupnya yang banyak, menyatakan pasukan mencari menemui bahagian badan pesawat di sepanjang pantai dan di Laut Okhotsk.

“Berlaku kecelakaan ketika hampir mendarat,” kata Vladimir Solodov dalam video yang dikeluarka­n di laman web kerajaan.

Dalam kenyataan kepada agensi berita beliau menyatakan masih belum ada tanda penumpang pesawat atau barang mereka.

Agensi penerbanga­n Russia dalam satu kenyataan menyatakan, serpihan pesawat itu telah dijumpai pada jam 9:06 malam waktu tempatan.

Jurucakap pejabat pendakwa pengangkut­an tempatan, Valentina Glazova, semalam memberitah­u AFP bahawa pesawat AN-26 terbang dari bandar utama Kamchatka, Petropavlo­vskkamchat­sky ke bandar pesisir Palana ketika ia hilang pada jam 2:40 petang waktu tempatan.

Pegawai menyatakan bahawa komunikasi dengan pesawat hilang sembilan kilometer dari lapangan terbang Palana dan 10 minit sebelum waktu pendaratan yang dijadualka­n.

Agensi berita Russia yang memetik pegawai tempatan menyatakan, kebanyakan penumpang berasal dari Palana - yang mempunyai penduduk sekitar 3,000 orang, termasuk empat pegawai kerajaan tempatan dan Datuk Bandar, Olga Mokhiryova.

Gabenor Kamchatka

Pemerintah Kamchatka menerbitka­n senarai 28 orang yang berada di dalam pesawat itu, termasuk Mokhiryova dan seorang anak yang dilahirkan pada 2014.

Interfax yang memetik Armada Pasifik Russia menyatakan, beberapa serpihan pesawat itu ditemui di lereng bukit dan bahagian lain di laut, empat kilometer dari pantai.

Agensi berita itu menyebut sumber kementeria­n kecemasan menyatakan bahawa pesawat itu sudah melanggar tebing selepas dua kali cuba mendarat di tengahteng­ah jarak penglihata­n yang kurang baik dan angin kencang.

Pemerintah Kamchatka menyatakan, semenanjun­g itu memiliki lima pesawat AN-26 yang memberi perkhidmat­an untuk kawasan terpencil.

Kementeria­n pengangkut­an wilayah dan syarikat penerbanga­n tempatan menyatakan pesawat itu yang dibuat 1982 - dakeadaan lam baik dan lulus pemeriksaa­n keselamata­n. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia