Berita Harian

Trofi dibida RM10,000

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Syafie Naswip sanggup lelong piala FFM25 cari dana ringan beban insan memerlukan fatin.farhana@bh.com.my

Tiada yang lebih merunsingk­an hati aktor pelapis, Syafie Naswip tatkala melihat ada insan yang terhimpit akibat impak penularan pandemik COVID-19.

Memasang niat membantu selagi boleh, Syafie tidak teragak-agak melelong trofi yang dimenangi pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-25 apabila dinobatkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Songlap pada 2013.

Biarpun trofi berkenaan memiliki nilai sentimenta­l, apatah lagi, ketika piala dirangkul, Syafie dianggap antara bakat baharu yang menyerlah di layar perak selepas kali pertama muncul dalam filem Mukhsin pada 2007, jejaka ini rela melepaskan­nya.

Niat ikhlas anak muda ini akhirnya mendapat perhatian apabila trofi berkenaan dilelong pada harga RM10,000, baru-baru ini, namun, masih menanti pengesahan pembida.

Berikutan itu, Syafie masih membuka tawaran mendapatka­n trofi berkenaan kepada orang ramai.

Berusaha mencari bidaan tertinggi, Syafie mahu memanfaatk­an trofi kemenangan itu untuk tujuan baik.

“Daripada trofi itu tersimpan indah di rumah, lebih baik saya memanfaatk­annya. Kalau kita mati pun, trofi itu bukan boleh dibawa masuk kubur.

“Apalah sangat trofi ini kalau mahu dibandingk­an dengan nasib sesetengah orang yang tidak cukup makan sekarang,” katanya kepada HIP.

Dalam filem Songlap yang memaparkan kegiatan sindiket penjualan bayi, Syafie yang memegang watak Ad, iaitu adik kepada Am lakonan Shaheizy Sam, menarik perhatian juri FFM25 hingga dirinya diangkat sebagai pemenang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Pada FFM25, filem Songlap turut mendominas­i 15 pencalonan daripada 34 kategori dipertandi­ngkan.

Syafie bersyukur niatnya membida trofi FFM25 mendapat sambutan pengikut apabila ramai tampil bertanya mengenai tawaran dibuat.

“Sebenarnya, saya tidak kisah harga bidaan. Asalkan berbaloi, misalnya, RM10,000. Namun, jika ada yang mahu membidanya pada harga lebih tinggi, lebih baik.

“Lebih tinggi nilai bidaan, lebih banyak wang dapat saya hulurkan dan lebih ramai orang dapat dibantu,” katanya.

Sebelum ini, drama bersiri Budak Tebing 2 ini melelong beberapa barangan miliknya melalui Instagram (IG) Live.

Tidak bersendiri­an, usahanya itu disertai rakan pelakon seperti Naim Daniel, Erynne Erynna, Izzy Zulkhazree­fa, Amelia Henderson dan ramai lagi.

Biarpun niatnya dipersoalk­an peminat hingga ada mendakwa Syafie tidak menghargai trofi berprestij itu yang sepatutnya disimpan sebagai koleksi peribadi, pelakon filem Jibam ini tetap mahu meneruskan niatnya.

Syafie atau nama sebenar, Mohd Shafie Naswip, 29, memberitah­u, niatnya sekadar membantu insan memerlukan yang ketika ini berdepan keadaan yang sangat mencabar.

“Saya tahu trofi FFM25 ini bukanlah diperbuat daripada emas. Pasti ada yang mempersoal­kan mahu buat apa dengan trofi itu.

“Tapi saya percaya, ada sesetengah orang suka mengumpul barang lama atau antik. Mereka sanggup berbelanja besar untuk mendapatka­n barangan itu.

“Saya percaya di luar sana ada orang kaya, tidak tahu mahu buat apa dengan duit mereka dan tidak tahu ke mana hendak disalurkan.

“Disebabkan itu, saya kongsikan perkara ini (lelong trofi) di Instagram (IG) agar pengikut saya dapat memanjangk­an niat ini kepada mereka yang berminat,” katanya.

Syafie berkata, dia mahu mengumpul dana sebanyak mungkin untuk membantu insan memerlukan.

Dana terkumpul akan diagihkan kepada saluran betul selain digunakan untuk membeli barangan keperluan bagi insan yang berdepan kesempitan hidup.

“Alhamdulil­lah, sehingga kini kami sudah mengumpul antara RM7,000 hingga RM8,000 dalam tempoh kurang seminggu. Daripada jumlah diperoleh, kami sudah

Syafie merangkul trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM25 yang dimenangin­ya melalui filem Songlap.

Syafie yang berasal daripada keluarga kurang berkemampu­an cukup terkesan melihat rakyat yang terhimpit akibat penularan COVID-19.

membantu 80 individu.

“Hasil kutipan kami gunakan untuk membeli membeli barangan keperluan seperti makanan dan sebagainya.

“Jika ada yang meminta saya membayar sewa rumah dan sebagainya, itu di luar kemampuan kami. Jika mahukan keperluan asas, Insya-allah kami boleh tolong,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai idea projek amal itu, Syafie terpanggil mengambil inisiatif itu selepas menerima banyak mesej dilayangka­n pengikut IG meminta bantuan.

Selain itu, Syafie terkesan membaca laporan mengenai individu yang berdepan depresi hingga membawa kepada kematian.

“Sebagai pelakon, saya fikir apa yang boleh dibantu. Apa fungsi saya dalam industri ini? Apa yang boleh saya buat sebagai manusia?

“Orang yang memerlukan bantuan ini mungkin individu yang pernah menyokong lakonan saya, membeli tiket wayang dan sebagainya.

“Jadi, takkan apabila sudah berjaya, saya mahu lupakan mereka? Saya fikir ada baiknya saya menggunaka­n platform sebagai pelakon dengan perkara bermanfaat agar tidak sia-sia.

“Lagipun, saya tidak boleh tengok orang susah. Sebelum jadi pelakon, saya orang susah. Disebabkan itu, apabila saya sudah selesa sekarang, saya tidak mahu orang kata saya lupa asal usul.

“Saya tidak mampu menderma puluhan ribu ringgit, jadi, saya gunakan platform media sosial untuk mengajak orang ramai beramal,” katanya.

Tambah Syafie, projek amal itu juga mampu mengeratka­n hubungan dengan orang ramai tanpa mengira bangsa, agama dan pekerjaan.

Sehubungan itu, Syafie berharap lebih ramai influencer media sosial dapat melakukan perkara sama.

Sementara itu, mengulas mengenai karier lakonan pada era pandemik COVID-19, Syafie tidak mahu merungut.

“Alhamdulil­lah, saya masih ada tenaga dan kudrat. Jadi, buat masa ini, saya buat apa yang mampu seperti berniaga,” katanya.

 ??  ?? bhhip@bh.com.my
bhhip@bh.com.my
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia