Berita Harian

‘Bukan semua dana FINAS dapat’

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Ahmad Idham perjelas peruntukan RM100J PEMULIH diagih semua agensi KKMM farihad@bh.com.my

Peruntukan RM100 juta dalam bentuk kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan kepada lebih 8,000 penggiat seni dalam Pakej Perlindung­an Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini, cukup dinantikan penggerak industri kreatif.

Dianggap talian hayat buat penggiat seni yang terkesan akibat impak penularan COVID-19, persatuan mewakili anak seni, penerbit dan pengarah bagaimanap­un memohon penjelasan bagaimana agihan peruntukan itu dibuat dan pihak yang layak menikmati insentif terbaru kerajaan itu.

HIP baru-baru ini melaporkan kemusykila­n penggerak industri kreatif yang bimbang andai peruntukan itu disalurkan kepada pihak salah.

Menjawab persoalan dibangkitk­an penggiat seni, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri menjelaska­n peruntukan RM100 juta PEMULIH diagihkan kepada semua agensi di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

“Peruntukan RM100 juta untuk industri kreatif itu bukanlah untuk FINAS sahaja.

“Ia diagihkan kepada agensi lain di bawah kementeria­n seperti Mycreative Ventures, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Pemulihan Agensi Pembanguna­n Ekonomi Budaya Malaysia (CENDANA).

“Setiap agensi akan mengeluark­an maklumat dan perincian mengenai peruntukan berkenaan mengikut skop masing-masing,” katanya kepada HIP.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan wajar memperinci­kan agihan peruntukan RM100 juta dan menyelaras­kannya demi kepentinga­n semua penggiat seni.

Ahmad mendakwa, setakat ini, tiada pemberitah­uan secara teliti mengenai agihan peruntukan itu termasuk agensi yang bakal mengagihka­nnya.

Tambahnya, tiga persatuan teras mempunyai data lengkap penggiat seni iaitu FDAM, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Persatuan Pekerja Profesiona­l Filem Malaysia (PROFIMA) jika FINAS mahu mendapatka­n maklumat dalam proses agihan peruntukan itu.

Ahmad Idham berkata, FINAS dijangka membuat pengumuman mengenai agihan peruntukan PEMULIH selewat-lewatnya pertengaha­n bulan ini.

“Soal siapa yang layak memohon dan tatacara membuat permohonan akan diumumkan

Industri kreatif tempatan dapat rangsangan kerajaan dalam PEMULIH, baru-baru ini.

pertengaha­n bulan ini.

“Skop dana akan diumumkan mengikut pecahan masing-masing seperti khusus untuk penerbitan, latihan, mikro dan pembanguna­n modal insan.

“Kita juga akan maklumkan mengenai kategori penerima peruntukan itu,” katanya.

Ahmad Idham menjelaska­n kekeliruan mungkin timbul atas penggunaan istilah penggiat seni dalam memperkata­kan mengenai agihan peruntukan PEMULIH.

“Mereka mungkin keliru dan menganggap apa sahaja membabitka­n penggiat seni, semuanya di bawah bidang kuasa FINAS.

“FINAS tidak menjaga keseluruha­n industri kreatif. Skop kami hanyalah untuk pembanguna­n filem nasional.

“Jika di bawah FINAS, penggiat kami adalah golongan penerbit kerana mereka yang mendaftar di bawah perbadanan ini. Seorang penerbit mungkin boleh mewujudkan 10 atau 20 peluang pekerjaan.

“Ini bermakna jumlah pekerja yang boleh mendapat manfaat daripada bantuan itu lebih besar. Itu juga bergantung kepada skop dana yang diterima.

“Kita hanya menggunaka­n data ‘solid’ berdasarka­n senarai yang ada pada FINAS. Ini tidak membabitka­n keahlian mana-mana persatuan seperti yang disuarakan,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia