Berita Harian

Denmark tak gerun lawan England

-

Hjulmand sifatkan insiden babit Eriksen bakar semangat mereka

London: Pengendali pasukan Denmark, Kasper Hjulmand menegaskan anak buahnya tidak takut berdepan England pada aksi separuh akhir di Wembley kerana mereka sudahpun ‘bertemu empat mata dengan kematian’.

Hjulmand mendedahka­n insiden Christian Eriksen yang berdepan masalah jantung terhenti di atas padang menjadi motivasi terbesar untuk membantu pasukan itu mara sehingga ke suku akhir.

Denmark mencipta ‘kisah dongeng’ tersendiri selepas tewas dua aksi pertama peringkat kumpulan dan mara ke pusingan kalah mati dengan ‘cukup-cukup makan’ dan kini pemain mempunyai misi untuk menang demi Eriksen.

“Kami sudah berdepan kematian dalam cara yang tidak saya harapkan. Kami nyaris kehilangan pemain terbaik, rakan baik, tonggak pasukan dan bertarung dengan emosi yang gila.

“Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk mendepanin­ya. Kami berjuang sebaik mungkin dengan emosi yang ada. Kami bermain dengan fantastik.

“Kami tunjukkan siapa kami dan saya bangga dengan pemain saya. Saya bangga dengan rakyat Denmark dan sokongan, kasih sayang dan belas kasihan yang diberikan mereka dan membantu kami ketika ini.

“Saya tidak tahu sama ada ini detik terbaik dalam hidup saya tetapi yang pasti, dalam empat minggu ini, kami menikmati emosi terbaik sepanjang hidup ini dan dalam masa sama tetap fokus kepada misi kami.

“Ini perjalanan yang sukar dilupakan dan kalau saya lihat semula selepas 10,15, 20 tahun akan datang, saya akan katakan ‘apa yang terjadi? Ini sangat gila’. Tetapi sekarang saya lebih fokus kepada England dan Wembley,” kata Hjulmand. AGENSI

London: Pertahanan Denmark, Andreas Christense­n yakin mereka mampu menyekat penyerang England, Harry Kane dan membuat Stadium Wembley ‘senyap’ pada pertembung­an separuh akhir Euro 2020.

Pertahanan Chelsea itu mempunyai rekod baik menentang pemain nombor sembilan England itu dan Denmark mungkin boleh mendapatka­n sedikit maklumat daripada pemain tengah, Pierre-emile Hojbjerg yang juga rakan sepasukan Kane di Tottenham.

“Kami tahu kualitinya dan semua orang tahu apa yang perlu dilakukan untuk menyekat dia (Kane). Hojbjerg juga mengenali Kane dan mungkin ada sesuatu yang boleh dikongsi bersama pasukan. Semua pemain ada tabiat masingmasi­ng dan kita perlu mengambil kesempatan daripadany­a,” Christense­n. Kane yang meledak gol pada pusingan 16 terbaik bertemu Jerman dan suku akhir menentang Ukraine sememangny­a menghadirk­an ‘kesukaran’ fizikal kepada Denmark.

“Dia begitu bagus dengan kakinya dan salah seorang penyudah terbaik dalam bola sepak. Reaksi saya lebih kepada kata hati. Dia ada kelebihan fizikal dan sukar untuk berdepan dengannya, jadi anda tidak boleh terlalu dekat dengannya.

“Pada masa sama, Denmark tidak ‘goyang’ dengan reputasi England yang dibarisi pemain dari kelab terkemuka berbanding pemain Denmark yang beraksi di sekitar Eropah,” katanya. AGENSI kata

Andreas Christense­n

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia