Berita Harian

‘Shawberto Carlos’ bakar semangat Three Lions

-

London: Luke Shaw muncul antara pemain terbaik England pada Kejuaraan Eropah 2020 dan aksi terbaiknya adalah ketika membantu England menang 4-0 ke atas Ukraine yang membawa mereka ke separuh akhir.

Pertahanan Manchester United itu dijangka terus membarisi kesebelasa­n utama menentang Denmark. Prestasi memberangs­angkan itu menyaksika­n Shaw kini digelar ‘Shawberto Carlos’ oleh penyokong di laman media sosial.

Malah, Carlos yang dilabel sebagai bek kiri terbaik dalam sejarah turut mengucapka­n tahniah kepada Shaw di laman Instagramn­ya selepas persembaha­nnya ketika menentang Ukraine di Rom.

Shaw melakukan umpanan yang disudahkan Harry Maguire dan Harry Kane, dan dia akan memecahkan rekod bantuan gol terbanyak pada kejohanan besar milik David Beckham yang dilakukan pada Kejuaraan Eropah 2000 jika berjaya mencetus satu lagi gol ketika menentang Denmark.

Bukan sahaja penyokong, malah rakan sepasukann­ya termasuk Kane, Declan Rice dan Jadon Sancho turut memastikan nama baharu itu terus ‘melekat’ dengan Shaw.

Menerusi satu video di Twitter, Rice memanggil Shaw ‘Roberto Shaw’ disusuli Kane yang memanggil pertahanan itu dengan nama ‘Shawberto.’ Sancho yang bakal menjadi rakan sepasukan Shaw di United pada musim depan turut menggelar pemain itu sebagai ‘Shawberto Carlos’. AGENSI

London: Selepas England mengesahka­n tempat ke separuh akhir buat kali pertama dalam tempoh 25 tahun dengan bertemu Denmark di sini, berpuluh ribu penyokong cuba untuk mendapatka­n tiket menerusi dalam talian di laman sesawang UEFA.

Namun mereka kecewa kerana semua tiket berkenaan sudah habis terjual. Keadaan itu menyaksika­n ada yang mengambil peluang menjual semula tiket terbabit pada harga sehingga £1,400 (RM8,000) sekeping.

Harga berkenaan adalah 20 kali ganda lebih berasal banding harga paling murah iaitu £73 (RM420). Malah dikatakan tiket aksi final sudah pun dijual dengan harga £3,000 (RM17,200) sekeping meskipun belum diketahui pasukan mana yang mara.

Pada saingan peringkat suku

Shaw (kiri) berbincang dengan pengendali England, Gareth Southgate menjelang aksi menentang Denmark.

akhir di Rom, Ahad lalu, England membenam Ukraine 4-0 menerusi aksi yang cukup meyakinkan.

Putera William menerusi akaun Twitter miliknya berkata: “Satu lagi persembaha­n cemerlang daripada England. Tak sabar untuk menyaksika­n perlawanan separuh akhir.”

Seramai 60,000 penyokong dibenarkan menyaksika­n aksi separuh akhir di Stadium Wembley di sini, sekali gus kehadiran penyokong paling ramai sejak pandemik COVID-19 melanda duniapadam­actahunlal­u.

AGENSI

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia