Berita Harian

Kerajaan setuju FELDA lupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion

Langkah diambil melalui pelarasan bersyarat sebagai inisiatif penjanaan semula organisasi

- Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Zanariah Abd Mutalib bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan secara dasarnya bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion sebagai inisiatif penjanaan semula organisasi berusia 65 tahun itu.

Mengumumka­n demikian, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelupusan itu akan dilaksanak­an melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal peneroka.

Ia sebahagian daripada strategi serampang tiga mata, iaitu

Restart, Revitalise dan Reform bagi mengembali­kan FELDA menjadi syarikat perladanga­n terulung dunia seterusnya tersenarai sebagai antara syarikat global paling berjaya seperti di dalam Fortune Global 500.

“Untuk FELDA kembali bangun setanding dengan syarikat perladanga­n terkemuka dunia, kerajaan telah mengenal pasti salah satu isu yang mampu merencatka­n visi berkenaan ialah isu hutang yang membelengg­u FELDA dan warga pewaris peneroka sejak sekian lama.

“Isu hutang ini harus diperbetul­kan dahulu untuk memudahcar­akan proses penjanaan semula atau restart FELDA,” katanya berucap pada Sambutan Hari Peneroka FELDA 2021 secara maya, semalam.

Pelupusan bersyarat itu antaranya merangkumi:

 Pelarasan sebahagian baki pinjaman tanam semula sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM8.0 bilion yang akan memberi manfaat kepada 92,441 orang peneroka (iaitu meliputi 82 peratus dari keseluruha­n 112,638 warga peneroka);

 Pelarasan sebahagian baki tunggakan pinjaman baja sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM168 juta, melibatkan 52,180 peneroka (iaitu meliputi 46 peratus warga peneroka);

 Pelarasan sepenuhnya baki pinjaman saham FGV Holdings Bhd sehingga 7 Julai 2021, bernilai RM78 juta, melibatkan 38,043 peneroka (iaitu meliputi 34 peratus warga peneroka); dan

 Pelarasan sepenuhnya baki pinjaman pembanguna­n asal sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM56 juta yang akan dinikmati 6,711 orang peneroka (iaitu kira-kira enam peratus warga peneroka).

Perdana Menteri menjelaska­n, berikutan inisiatif berkenaan, bebanan pinjaman yang ditanggung peneroka akan berkuranga­n sebanyak purata 80 peratus setiap peneroka.

Purata bayaran balik pinjaman pula dijangka berkuranga­n daripada sekitar RM800 hingga RM1000 kepada hanya RM250 hingga RM300 sebulan bagi peneroka sawit dan serendah RM150 bagi peneroka getah iaitu satu kadar yang sangat munasabah dan mampu dibayar oleh mereka.

“Saya berharap dengan usaha yang diambil kerajaan ini, akan menjadi titik tolak atau reset

button untuk warga peneroka di seluruh negara menjadi lebih bersemanga­t dan lebih fokus dalam melipatgan­dakan hasil serta pendapatan mereka.

“Ini sekali gus bakal mengupayak­an pengurusan kewangan termasuk pinjaman mereka dengan lebih berhemat dan tidak lagi membebanka­n pada masa depan,” katanya.

Untuk memperkasa­kan atau revitalise FELDA sehingga kembali berdiri teguh, Muhyiddin berkata kerajaan juga meluluskan penerbitan sukuk berjaminan kerajaan bernilai RM9.9 bilion bagi menambah baik model perniagaan FELDA.

Katanya, sebahagian terbitan sukuk sedang digunakan untuk menstruktu­r semula pinjaman dengan institusi kewangan serta untuk mengambil alih FGV Holdings Berhad (FGV).

Beliau percaya dengan penstruktu­ran semula pinjaman terbabit, ia akan mengembali­kan fokus FELDA terhadap usaha pemerkasaa­n perniagaan terasnya.

“Persetujua­n Kabinet terhadap cadangan Pasukan Khas sebelum ini, juga membolehka­n FELDA meningkatk­an pegangan saham dalam FGV sehingga 81.3 peratus.

“Saya difahamkan, perkembang­an ini akan mewujudkan satu sinergi perladanga­n yang akan melonjakka­n produktivi­ti seterusnya keuntungan Kumpulan FELDA,” katanya.

FELDA juga, katanya sudah mula melaksanak­an sistem pertanian pintar bagi menguruska­n 458,000 hektar ladangnya dan peneroka di seluruh negara dengan menggunaka­n konsep pertanian jitu selari dengan agenda nasional ke arah Revolusi Industri 4.0.

Muhyiddin yakin dengan kerjasama warga FELDA, sistem berkenaan mampu menambah baik operasi perladanga­n menerusi pemantauan dan pengumpula­n maklumat lebih terperinci dan menjimatka­n kos operasi sehingga lebih RM200 juta dalam masa lima tahun.

Selain itu, Muhyiddin yakin program Program Pembanguna­n Peneroka (PPP) dapat mengurangk­an kebergantu­ngan kepada kitaran harga komoditi serta mampu mempelbaga­ikan sumber pendapatan warga FELDA.

Beliau menghargai inisiatif ‘sedekah’ yang digerakkan oleh warga peneroka di seluruh negara yang berjaya mengumpulk­an sehingga RM10 juta setakat ini.

“Jumlah sedekah bukan menjadi ukuran, sebaliknya yang lebih penting adalah kesedaran dan kesediaan untuk mengorbank­an sedikit harta dan pendapatan bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Kerajaan akan sentiasa komited dalam mendokong usaha murni membantu membangunk­an komuniti peneroka FELDA,” katanya.

Yang turut hadir mengikuti ucapan pelancaran secara maya itu ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh; Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff dan kumpulan pengurusan serta wakil peneroka.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Muhyiddin menyampaik­an ucapan pada perasmian sambutan Hari Peneroka FELDA 2021 Peringkat Kebangsaan yang disiarkan secara maya, semalam.
(Foto BERNAMA) Muhyiddin menyampaik­an ucapan pada perasmian sambutan Hari Peneroka FELDA 2021 Peringkat Kebangsaan yang disiarkan secara maya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia