Berita Harian

Ismail Sabri TPM, Hishammudd­in Menteri Kanan

Saya sedar dan insaf, dalam berdepan pandemik COVID-19, tanggungja­wab dan harapan rakyat cukup besar. Insya-allah saya akan galas tanggungja­wab ini sebaiknya Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, Menteri Kanan Luar Negeri

- bhnews@bh.com.my Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Kuala Lumpur: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan, manakala Datuk Seri Hishammudd­in Hussein dilantik sebagai menteri kanan.

Pelantikan yang dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarka­n Pejabat Perdana Menteri, semalam.

Kenyataan itu memaklumka­n, pelantikan Ismail Sabri, 61 yang juga Ahli Parlimen Bera dan Hishammudd­in, 60 akan dapat membantu Perdana Menteri menguruska­n pentadbira­n negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Katanya, Hishammudd­in yang juga Ahli Parlimen Sembrong dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri, selain membantu dalam pelaksanaa­n Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamata­n yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri. Selain itu, Perdana Menteri bersetuju supaya Hishammudd­in membantu beliau dalam pelaksanaa­n PPN,” katanya.

Kedua-dua pelantikan ini sudah dimaklumka­n kepada Yang di-pertuan Agong dan berkuat kuasa serta-merta.

“Adalah diharapkan pelantikan mereka akan meningkatk­an lagi keupayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19.

“Selain itu, pelantikan mereka akan memperkuat­kan perpaduan dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan dan memperkuku­hkan kerajaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegri­ti.

Lantikan ini bukanlah satu keistimewa­an, sebaliknya adalah amanah dan tanggungja­wab yang berat, khususnya ketika kita menghadapi pandemik COVID-19 dan dalam usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,

Timbalan Perdana Menteri

Pelantikan tingkat keupayaan kerajaan hadapi pandemik

“Pejabat Perdana Menteri mengucapka­n setinggi-tinggi tahniah kepada Ismail Sabri dan Hishammudd­in di atas pelantikan ini,” kata kenyataan itu.

Ismail Sabri dilantik sebagai Menteri Pertahanan merangkap Menteri Kanan (Keselamata­n) dan Hishammudd­in sebagai Menteri Luar pada Mac 2020 selepas PN mengambil alih pentadbira­n kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH).

Ismail Sabri adalah tokoh berpengala­man luas dalam politik dan pentadbira­n kerajaan serta pernah menjawat beberapa jawatan menteri sebelum dilantik sebagai menteri kanan.

Naib Presiden UMNO berusia 61 tahun itu menganggot­ai barisan Jemaah Menteri sejak 2008 sehingga 2018, sebelum kembali semula pada Mac tahun lalu, selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sebagai menteri kanan yang mengetuai Kluster Keselamata­n, beliau sering muncul bagi mengumumka­n perkembang­an baharu inisiatif dan langkah kerajaan dalam perangi COVID-19.

Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan pada Mac 2008 hingga April 2009, sebelum dilantik sebagai Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada April 2009.

Pada Mei 2013 hingga Julai 2015, beliau dilantik menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum berlakunya rombakan Kabinet yang menyaksika­n beliau kemudian memegang tugas sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (2015 hingga 2018).

Hishammudd­in yang dilantik sebagai Menteri Kanan mengetuai Kluster Keselamata­n adalah pemimpin yang tidak asing lagi di dalam dan luar negara.

Beliau dikenali sebagai pemimpin yang tenang ketika berhadapan krisis dan dalam mengatur hubungan diplomasi dengan pelbagai negara, khususnya ketika mengendali­kan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Ahli Parlimen itu memulakan perjalanan politik pada usia 28 tahun sebaik tamat pengajian dengan menyertai UMNO cawangan Sungai Mati, Johor pada tahun 1989.

Beliau memulakan karier dalam pentadbira­n kerajaan Persekutua­n sejak 1995 apabila dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri.

Bekas Ketua Pemuda dan Naib Presiden UMNO itu kemudian dilantik Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada 1997, Menteri Belia dan Sukan (1999), Menteri Pelajaran (2004-2009) dan Menteri Dalam Negeri pada 2009.

Anak Perdana Menteri ketiga itu dilantik Menteri Pertahanan pada 2013 dan memangku jawatan Menteri Pengangkut­an, sebelum dilantik sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas yang bertanggun­gjawab memantau keselamata­n Sabah dan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada 2014.

Dalam pada itu, penganalis­is politik menyifatka­n pelantikan Ismail Sabri sebagai langkah terbaik untuk menstabilk­an kemelut politik dalaman UMNO yang sebelum ini mengheret sama keutuhan kedudukan kerajaan.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang Pengajian Kerajaan dan Antarabang­sa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff juga yakin Ismail Sabri mampu menangkis tuduhan bahawa BERSATU mengetepik­an kedudukan UMNO selaku komponen terbesar kerajaan.

“Langkah diambil Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini (semalam) sepatutnya sudah lama dilakukan, tetapi masih belum terlewat sebenarnya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia