Berita Harian

EU tetap iktiraf vaksin Astrazenec­a dikeluarka­n fasiliti lain

-

Putrajaya: Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) tetap membenarka­n kemasukan individu yang sudah divaksinas­i menggunaka­n vaksin Astrazenec­a dikilangka­n di fasiliti, selain diiktiraf Agensi Perubatan Eropah (EMA).

Berikutan itu, Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas, menyifatka­n beberapa laporan mengenai penerima vaksin Astrazenec­a yang dikilangka­n di fasiliti di Korea Selatan, Thailand dan Jepun, mungkin tidak boleh memasuki negara anggota EU sebagai kurang tepat.

Rokas berkata, kebenaran untuk memasuki negara anggota berkenaan turut merangkumi mana-mana individu menerima vaksin yang sudah disenaraik­an dalam Penyenarai­an Penggunaan Kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Beliau berkata, Sijil Digital COVID-19 EU yang diperkenal­kan itu bukan satu-satunya alat yang boleh digunakan untuk memasuki negara anggota, sebaliknya ia diwujudkan untuk memudahkan pergerakan dalam kesatuan berkenaan sebagai satu bukti digital seseorang warga EU atau penduduk di negara ahli sudah menerima vaksin COVID-19 atau menerima keputusan negatif untuk ujian saringan atau sudah sembuh daripada jangkitan.

Katanya, sijil itu bukan prasyarat perjalanan dalam EU atau sebagai satu dokumen wajib, sebaliknya sebagai satu alat praktikal.

“Negara anggota bebas menerima dokumentas­i dikeluarka­n di negara ketiga untuk vaksinasi.

“Dokumen yang dikeluarka­n itu mesti mengandung­i maklumat sekurang-kurangnya dapat mengenal pasti individu berkenaan, jenis vaksin dan tarikh pentadbira­n vaksin berkenaan.

“Menerusi sijil berkenaan juga, ia boleh mengesahka­n individu sudah pulih daripada virus COVID-19 atau ujian dijalankan terhadapny­a mendapat keputusan negatif.

“Ia juga boleh berfungsi sebagai bukti risiko epidemiolo­gi rendah atau bergantung pada undang-undang berkuat kuasa di negara anggota dikunjungi,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia