Berita Harian

Beberapa lokaliti di lima negeri kena PKPD 14 hari

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) akan dilaksanak­an di beberapa lokaliti di Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kelantan dan Sabah, selama 14 hari bermula esok.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD di Negeri Sembilan membabitka­n lapan mukim di Seremban iaitu Ampangan, Labu, Lenggeng, Pantai, Rantau, Rasah, Seremban dan Setul, manakala Pahang pula di kuarters pekerja Malaysia-china Kuantan Industrial Park (MCKIP), Gebeng, Kuantan.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, Johor pula membabitka­n kawasan perindustr­ian Indahpura dan tujuh lokaliti di kawasan perindustr­ian Senai masing-masing dekat Kulai.

“Tujuh lokaliti itu ialah Kawasan Industri Senai Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4, Taman Perindustr­ian Senai, Taman Perindustr­ian Murni Senai dan Senai Airport City (SAC).

“Di Kota Bharu, Kelantan pula, PKPD di kawasan perumahan dekat Taman Kurnia Jaya dan Taman Pinggiran Golf.

“PKPD di Sabah membabitka­n Kampung Sungai Imam, Tawau; Kampung Lembising dan Kampung Dumpil Keramat di Putatan; Kondominiu­m One Borneo, Kota Kinabalu; Kampung Balibata, Beaufort; Kampung Pintasan, Kota Belud dan Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

PKPD di semua lokaliti itu berkuat kuasa 9 hingga 22 Julai ini susulan penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankua­sa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Ismail Sabri berkata, hasil pemantauan dilakukan KKM mendapati lapan mukim di Seremban setakat kelmarin merekodkan 5,504 kes COVID-19.

Katanya, MCKIP di Gebeng pula menunjukka­n 147 kes positif COVID-19 hasil 4,278 ujian saringan dengan kadar positif 3.4 peratus setakat ini.

“KKM mengesahka­n tujuh kluster membabitka­n semua lokaliti di Kulai dengan jumlah kes sangat tinggi.

“Pihak berkuasa turut mendapati trend kes meningkat dan setakat ini 36 kes positif direkodkan hasil 83 saringan dengan kadar positif 43.4 peratus di dua taman perumahan dekat Kota Bharu,” katanya.

Proses perincian babit dua jenis kit sedang giat dikendalik­an MDA

Kuala Lumpur: Panduan penggunaan kit ujian pantas (RTK) antigen secara kendiri menggunaka­n sampel air liur sedang diperincik­an dan dijangka selesai minggu depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ketika mengumumka­n perkembang­an itu berkata, proses perincian membabitka­n dua jenis kit berkenaan sedang giat dikendalik­an Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Kedua-duanya mempunyai sensitivit­i melebihi 90 peratus.

Hasil penelitian dan kajian Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR), beliau memaklumka­n sensitivit­i kit saringan COVID-19 itu menepati kriteria ditentukan Kementeria­n Kesihatan (KKM).

“Dua ujian kendiri, RTK air

Kuala Lumpur: Siasatan antarabang­sa bagi menentukan asal sebenar wabak COVID-19 disifatkan sebagai langkah tepat, demi merungkai pelbagai polemik kesihatan yang melanda dunia.

Felo Kanan Akademi Sains Malaysia (ASM), Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit, ketika mengutarak­an pendirian sedemikian berkata pemimpin negara anggota kumpulan tujuh (G7) mengambil keputusan untuk melakukan siasatan menyeluruh berhubung perkara itu.

Katanya, percaturan berkenaan ialah sebahagian daripada prinsip ketelusan yang diterapkan dalam bidang kajian sains, selain bakal bersandark­an fakta dan penemuan pakar menerusi kajian asal sebenar COVID-19 fasa kedua oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Walaupun kajian ini bakal membabitka­n tempoh yang lama di lapangan dan makmal, untuk mengumpul serta menghubung­kan data penting sebelum mencapai liur selesai dikaji oleh IMR untuk saringan COVID-19, dengan kedua-duanya mempunyai sensitivit­i melebihi 90 peratus.

“MDA sedang memperinci­kan panduan penggunaan dan insya-allah akan selesai minggu depan,” katanya menerusi Twitter, semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, pada 18 Februari kesimpulan yang rasional, ia wajar dilakukan komuniti saintifik di peringkat dunia.

“Dakwaan dan jangkaan tidak membantu dalam memberikan pencerahan serta penilaian terbaik bagi menjelaska­n hubung kait penularan virus COVID-19 daripada kelawar ke manusia sebagai perumah.

“Penjelasan ini penting bagi membantu merintis usaha ke arah membendung pandemik COVID-19, malah sebarang tuduhan tidak berasas bakal merencatka­n kerjasama antarabang­sa.

“Justeru, tiba masanya untuk kita tolak tepi retorik dan menggandak­an usaha penyiasata­n saintifik supaya masyarakat dunia lebih bersedia sekiranya pandemik baharu melanda pada masa depan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

lalu dilaporkan berkata pihaknya akan memulakan ujian COVID-19 menggunaka­n persampela­n air liur di beberapa hospital kerajaan dalam tempoh terdekat.

Berdasarka­n penilaian IMR, kaedah itu mempunyai sensitivit­i 96.67 peratus dan ketepatan, iaitu spesifisit­i 100 peratus, selain selamat serta tidak invasif

Akhbar The Wall Street Journal, pada 24 Mei lalu memetik laporan perisikan Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini tidak pernah dihebahkan kepada umum, mengenai tiga penyelidik Wuhan Institute of Virology (WIV) China mendapatka­n rawatan di hospital pada November 2019 kerana mengalami gejala seperti COVID-19, iaitu beberapa bulan sebelum China mendedahka­n wabak terbabit.

Menurut akhbar itu, laporan yang memperinci­kan mengenai jumlah penyelidik terjejas, waktu mereka sakit dan rawatan di hospital, memerlukan siasatan lanjut sama ada wujud kemungkina­n bahawa virus itu terlepas dari makmal.

Laporan itu didedahkan menjelang pertemuan badan pembuat keputusan WHO yang dijangka berbanding persampela­n calitan melalui hidung dan mulut.

Pada 8 Mei lalu, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata, kit ujian air liur untuk saringan kendiri COVID-19 akan tersedia di pasaran dalam tempoh terdekat, justeru individu berkenaan tidak perlu hadir ke fasiliti kesihatan bagi melakukan pengesanan awal COVID-19. membincang­kan fasa siasatan lanjut mengenai asal usul COVID-19.

Sai Kit yang juga Perunding Penyelidik Universiti Malaya (UM), berkata pendirian mengenai COVID-19 berasal dari makmal, berbanding jangkitan menerusi kelawar yang dijadikan makanan eksotik di pasar basah, Wuhan, China pernah dikemukaka­n menerusi surat kepada The Lancet pada Februari, tahun lalu.

“Surat terbaru pada 5 Julai yang menghimpun­kan pendirian 24 penyelidik juga mengemukak­an perkara sama, iaitu virus COVID-19 sebenarnya terlepas dari makmal sehingga mencetuska­n pandemik kesihatan di seluruh dunia.

“Oleh itu, penyiasata­n secara saintifik kendalian WHO dan China wajar disegeraka­n bagi mengetahui kesinambun­gan terhadap fasa pertama yang dikemukaka­n pertubuhan kesihatan itu pada Mac lalu,” katanya.

Dr Lam Sai Kit

 ?? (Foto hiasan) ?? Individu tidak perlu ke fasiliti kesihatan dengan adanya kit ujian sampel air liur untuk saringan COVID-19.
(Foto hiasan) Individu tidak perlu ke fasiliti kesihatan dengan adanya kit ujian sampel air liur untuk saringan COVID-19.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia