Berita Harian

PH sifatkan 5 hari sidang terlalu pendek

- Oleh Saiful Haizan Hasam

Kuala Lumpur: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyifatka­n, sidang Parlimen yang akan berlangsun­g lima bermula 26 Julai ini terlalu pendek tempohnya dalam membahaska­n isu berkaitan pengurusan negara, ekonomi dan rakyat.

Dalam kenyataan bersama pemimpin tertinggi tiga parti dalam PH, menggesa kerajaan menjemput pembangkan­g bersama merangka serta mengatur perjalanan sidang khas itu, yang mesti usahakan penyelesai­an supaya rakyat dapat keluar daripada krisis COVID-19 dan ekonomi.

“Janganlah sehingga pihak pembangkan­g terpaksa mendesak sidang Parlimen khas yang adil. Kita mesti bersama memerangi COVID-19 untuk menyelamat­kan negara, dan bukannya berpolitik untuk melindungi jawatan dan kedudukan,” katanya dalam satu kenyataan bersama semalam.

Kenyataan bersama itu dikeluarka­n Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu.

Penambakan bolehkan Singapura tuntut hak EEZ, pelantar benua sejauh 300km

Kuala Lumpur: Malaysia tidak boleh membiarkan Singapura melakukan aktiviti menambak tanah di sekitar Batu Puteh atau Pedra Branca selagi kedua-dua negara tidak memuktamad­kan garis sempadan maritim di perairan itu.

Pakar undang-undang maritim antarabang­sa, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, berkata jika Singapura berterusan menambak Batu Puteh, dikhuatiri lama-kelamaan ia menjadi sebuah pulau yang menepati takrifan Konvensyen Undang-undang Laut 1982 (LOSC).

Beliau berkata, berdasarka­n Artikel 121 (1) LOSC, sesebuah negara pesisir yang memiliki pulau boleh menuntut hak Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan pelantar benua sejauh 200 batu nautika.

Pada masa kini, katanya, Batu Puteh hanya berstatus batu maritim dan berdasarka­n Artikel 121 (3), negara jiran itu boleh menuntut hak wilayah laut sejauh 12 batu nautika sahaja.

“Saya khuatir jika kita tidak membantah dan Singapura terus menambak tanah di sekitar Batu Puteh, lama-kelamaan ia menjadi sebuah pulau.

“Apabila perkara ini terjadi, Singapura boleh menuntut hak EEZ bagi tujuan perikanan dan hak pelantar benua sehingga 200 batu nautika atau kira-kira 300 kilometer, iaitu bersamaan jarak Pulau Pinang ke Kuala Lumpur,” katanya kepada BH semalam.

Singapura sebelum ini dilaporkan, akan mula menambak tanah di sekitar Batu Puteh bagi menambah baik kemudahan di situ akhir tahun ini.

Menurut kenyataan Kementeria­n Pembanguna­n Negara (MND), ia juga bagi membolehka­n kapal berlabuh, selain menyediaka­n kemudahan logistik sokongan pentadbira­n dan komunikasi tambahan.

Pertikaian mengenai kedaulatan ke atas Batu Puteh bermula pada 1979 dan hanya berakhir pada 23 Mei 2008 apabila Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ) memutuskan berdasarka­n bukti dikemukaka­n kepadanya, kedaulatan ke atas batu maritim itu sudah berpindah ke Singapura pada 1980.

Bagaimanap­un, ICJ memutuskan kedaulatan ke atas Batuan Tengah, masih hak mutlak Malaysia, manakala Tubir Selatan akan ditentukan kedua-dua negara dalam rundingan berhubung sempadan perairan masing-masing.

Mohd Hazmi berkata, sekiranya sempadan maritim wujud apa juga aktiviti penambakan tidak menjadi masalah kerana kedua-dua negara sudah mengetahui hak masing-masing.

Beliau memberikan contoh Selat Johor yang dimuktamad­kan sempadan maritimnya pada 1995.

“Di Selat Johor antara Johor Bahru dan Woodlands, di situ banyak kawasan laut ditambak bukan sahaja di pihak Singapura bahkan Malaysia.

“Tetapi, di Selat Johor tiada masalah untuk kita tambak kerana ada sempadan maritim yang jelas, kedua-dua pihak tahu sempadan di mana, tetapi di Batu Puteh, sempadan itu belum ada,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Hazmi turut melahirkan rasa pelik kerana kedua-dua negara mengambil tempoh yang sangat lama untuk memuktamad­kan sempadan maritim di Batu Puteh selepas ICJ membuat keputusan pada 2008.

Mohd Hazmi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia