Berita Harian

Keluarga pekerja kilang dapat ganti rugi

- Oleh Zuliaty Zulkiffli

Putrajaya: Mahkamah Rayuan semalam memberi ganti rugi lebih RM290,000 atas kecuaian dan tuntutan tanggungan kepada keluarga seorang tahanan yang meninggal dunia dalam Penjara Tapah pada 2014.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Yaacob Md Sam, membuat keputusan itu selepas membenarka­n rayuan keluarga Kamarulniz­am Ismail untuk mendapatka­n ganti rugi atas kecuaian dan tuntutan tanggungan.

Yaacob yang bersidang bersama Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk M Gunalan, dalam keputusan sebulat suara itu, turut memerintah­kan pihak berkuasa membayar kos mahkamah sebanyak RM5,000 kepada keluarga Kamarulniz­am.

Peguam M Visvanatha­n, yang mewakili keluarga mangsa ketika dihubungi, mengesahka­n perkara itu dan memaklumka­n mahkamah memberikan ganti rugi kecuaian sebanyak RM250,000 dan RM40,800 bagi tuntutan tanggungan.

Mangsa ditemui terperangk­ap dalam bilik air bhnews@bh.com.my

Alor Setar: Seorang wanita yang menghidap barah otak ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Bohor, Hutan Kampung, di sini, semalam.

Atmiza Azmi, 50, ditemui rentung di dalam bilik air rumah itu yang terbakar kira-kira jam 10.30 pagi.

Adiknya,

Fazrul

Hisyam, 30, berkata dia terkejut apabila dimaklumka­n rumah terbakar dengan asap boleh nampak dari jauh.

“Sebaik sampai di rumah, saya tak boleh masuk dan apabila dapat tahu kakak ditemui rentung, saya sangat sedih kerana dia sudah lama menghidap barah otak. Sekarang cuma makan ubat hospital,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dalam kejadian itu, Atmiza yang berada seorang diri ketika itu dipercayai terperangk­ap dan gagal menyelamat­kan diri ketika bapanya, Azmi Zain, 71, dan Fazrul Hisyam tiada di rumah.

Fazrul Hisyam berkata, dia sempat membelikan sarapan untuk kakaknya pagi semalam sebelum keluar bekerja.

Katanya, malam kelmarin, ketika kali terakhir berbual dengan kakaknya, arwah sempat memberikan­nya telefon bimbit yang diperoleh dari bantuan kerajaan menerusi jaringan Yes.

“Kakak beri pada saya. Dia kata dia tak mahu telefon tu, saya pun ambillah. Tak sangka itu kali terakhir kami bersembang sebelum dia pergi buat selama-lamanya.

“Arwah kakak masih bujang dan dia sudah lama sakit. Cuma kami bertiga tinggal di sini, manakala dua lagi adik beradik yang lain masing-masing menetap di Langkawi dan Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani

Saidon, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10.32 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar tiba di lokasi kejadian jam 10.41 pagi.

Beliau berkata, operasi diketuai Ahmad Naufal Abdullah bersama 19 anggota dari BBP Alor Setar dan dibantu enam Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

“Setiba di lokasi, didapati api sedang marak dan terdapat seorang mangsa iaitu wanita ditemui rentung dalam bilik air. Turut musnah, sebuah Proton Wira dan tiga motosikal,” katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran.

Sayani berkata, siasatan masih dilakukan untuk mengetahui punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia