Berita Harian

Kekal selamat atasi pandemik

-

Dengan kenaikan kes Covid-19 baru-baru ini, tidak menghairan­kan bahawa vaksinasi semakin diperlukan dan sangat penting ketika ini. Oleh itu, sempena pelancaran Kempen Jomvaccine, Tokio Marine Life ingin menggalakk­an semua rakyat Malaysia untuk kekal selamat sambil mendapatka­n vaksin mereka. Kempen Jomvaccine menawarkan perlindung­an percuma untuk rakyat Malaysia yang mengalami kesan sampingan akibat daripada vaksinasi Covid-19 yang diterima.

Bagi bukan pelanggan Tokio Marine Life pula, Tokio Marine Life akan membayar pendapatan harian sebanyak RM120 (sehingga 5 hari) jika seseorang itu dimasukkan ke hospital dan RM5,000 sekiranya orang itu meninggal dunia kerana kesan sampingan vaksin Covid-19. Rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun boleh mendaftar untuk Kempen Jomvaccine ini secara percuma. Perlindung­an percuma ini ditawarkan sehingga 31 Disember 2021 atau apabila jumlah RM500,000 telah dihauskan, bergantung kepada yang mana yang lebih awal.

Begitu juga, faedah yang ditawarkan kepada pelanggan Tokio Marine Life yang aktif adalah lebih daripada dua kali ganda. Seorang pelanggan layak menerima pendapatan harian sebanyak RM240 (sehingga 7 hari) sekiranya dimasukkan ke hospital dan RM12,000 faedah kematian disebabkan kesan sampingan vaksinasi Covid-19. Perlindung­an percuma ini ditawarkan sehingga 31 Disember 2021 atau apabila jumlah RM500,000 telah dihauskan, bergantung kepada yang mana yang lebih awal.

Kempen Jomvaccine adalah inisiatif tambahan khas di bawah Dana Bantuan Perubatan Tokio Marine Covid-19 bernilai RM5 juta yang dilancarka­n pada awal tahun 2021 untuk meringanka­n beban pelanggan. Sekiranya pelanggan ada pelan perubatan yang layak dimasukkan ke hospital swasta sebagai pesakit Covid-19 Kategori 3, 4 dan 5, dana ini akan membayar balik perbelanja­an perubatan masing-masing berjumlah sehingga RM5,000, RM10,000 dan RM20,000. Sebagai tambahan, jika pelanggan pelan perubatan yang memenuhi syarat dimasukkan ke manamana hospital Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang disebabkan oleh kesan sampingan akibat vaksinasi Covid-19, dana ini akan membayar balik perbelanja­an perubatan yang dikeluarka­n sehingga RM5,000.

“Di Tokio Marine Life, kami ‘Look Beyond Profit’ dan bertindak dengan penuh integriti bagi kepentinga­n pelanggan, rakan perniagaan dan masyarakat kami. Kami dengan senang hati memberikan sokongan kepada semua anak-anak Malaysia untuk melalui kesulitan ini bersama-sama. Sebagai rakyat Malaysia, adalah tugas kita untuk saling menjaga satu sama lain. Oleh itu, sebagai syarikat yang bertanggun­gjawab, kami sangat berbesar hati untuk memberikan sokongan kepada semua pelanggan kami dan semua anak-anak Malaysia dengan melancarka­n Kempen Jomvaccine ini. Kami juga menggalakk­an semua rakyat Malaysia untuk bekerjasam­a bagi mengatasi pandemik Covid-19. Bersamasam­a, kita boleh melintasi sebarang kesulitan!” kata Toi See Jong, Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd.

Daftar untuk Jomvaccine dan dapatkan perlindung­an percuma sebelum pendaftara­n ditutup pada 31 Julai 2021.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia