Berita Harian

FELDA optimis jadikan FGV syarikat persendiri­an

Rundingan dengan kerajaan negeri kuasai kepentinga­n sedang berjalan

- bhbiz@nstp.com.my Oleh wartawan NSTP

FELDA yakin dapat menjadikan FGV Holdings Bhd syarikat persendiri­an menjelang akhir tahun ini, selepas gagal dalam tawaran terdahulu kira-kira empat bulan lalu.

Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata ia sedang berunding dengan kerajaan negeri tertentu, yang menguasai sembilan peratus kepentinga­n dalam FGV, berhubung cubaan baharu menjadikan­nya syarikat persendiri­an.

FELDA gagal dalam bidaan mengambil alih FGV pada RM1.30 sesaham pada Mac, apabila tidak dapat mengumpul minimum 90 peratus kepentinga­n yang diperlukan.

Pada penutup tawaran 15 Mac lalu, FELDA hanya memiliki hampir 81 peratus saham FGV.

Di bawah peraturan penyenarai­an Bursa Malaysia, FELDA memerlukan penerimaan daripada pemegang saham yang secara terkumpul memegang baki 1.63 bilion saham FGV bagi meneruskan pengambila­lihan itu.

Ini akan diterjemah­kan kepada 95 peratus kepentinga­n atau kira-kira 3.46 bilion saham dalam syarikat gergasi perladanga­n itu.

Kerajaan Pahang dan kerajaan Sabah, menerusi Sawit Kinabalu Sdn Bhd, dilaporkan kekal sebagai pemegang saham utama FGV dengan masing-masing lima peratus dan empat peratus kepentinga­n.

Pada RM1.30 sesaham, tawaran pengambila­lihan itu menilai FGV pada RM4.74 bilion, diskaun 71.4 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 sesaham pada 2012.

“Kejayaan pengambila­lihan akan membolehka­n FELDA tidak perlu menamatkan perjanjian pajakan tanah (LLA) bersama FGV,” kata Idris dalam satu taklimat media pada Selasa, sebelum pelancaran sambutan Hari Peneroka FELDA.

“Menjadikan FGV syarikat persendiri­an akan menyediaka­n aliran pendapatan mampan kepada FELDA,” tambahnya.

FELDA sebelum ini berkata, adalah sesuatu yang tidak berhemat untuk memberikan pampasan kepada FGV bagi mengambil alih 351,000 hektar dan kilang sawit di bawah LLA memandangk­an ia sudah pun memiliki kawalan majoriti dalam syarikat itu.

Idris berkata, ia akan menggunaka­n hasil dijana daripada terbitan bon bernilai berbilion-bilion ringgit oleh FELDA untuk membiayai sebahagian daripada tawaran baharu itu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika melancarka­n Hari Peneroka FELDA semalam mengumumka­n kerajaan meluluskan RM9.9 bilion terbitan bon oleh FELDA.

Bon itu dijamin oleh kerajaan, tambahnya. Bon RM9.9 bilion itu mula dicadang dan dibentangk­an oleh pasukan petugas khas dipengerus­ikan oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar pada mesyuarat Kabinet 14 Oktober tahun lalu, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, akhir tahun lalu.

FELDA juga akan menstruktu­r semula hutangnya kepada institusi kewangan, kata Mustapa dalam satu taklimat FELDA pada Oktober lalu.

Hutang FELDA mencecah RM10.6 bilion.

Cadangan menjadikan FGV syarikat persendiri­an akan membolehka­n FELDA menguasai kepentinga­n kawalan langsung dalam MSM Malaysia Holdings Bhd, penapis gula terbesar di negara ini.

Saham FGV ditutup 0.76 peratus satu satu sen lebih rendah kepada RM1.31 semalam.

Menjadikan FGV syarikat persendiri­an akan menyediaka­n aliran pendapatan mampan kepada FELDA Idris Jusoh,

Pengerusi FELDA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia