Berita Harian

Penggantun­gan operasi jejas firma sarung tangan

-

Penutupan sementara kilang sarung tangan bukan hanya akan mempengaru­hi pendapatan syarikat, tetapi juga boleh menjejaska­n hubungan mereka dengan pembeli luar negara.

Ini terutama ketika pengeluar sarung tangan Malaysia pada masa ini berhadapan persaingan yang semakin sengit daripada pembuat sarung tangan China.

Dalam satu nota penyelidik­an, Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, Top Glove, Hartalega dan Kossan menggantun­g operasi kilang pengeluara­n sarung tangan masing-masing di Selangor pada Selasa susulan penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD).

Bank pelaburan itu menambah, ia agak terkejut dengan perkembang­an terbaru itu memandangk­an sarung tangan adalah antara peralatan perlindung­an diri (PPE) yang penting dan kilang berkaitann­ya dibenarkan beroperasi ketika PKP pertama.

“Dengan mengandaik­an penutupan selama dua minggu kilang sarung tangan di Selangor di bawah PKPD, kami menjangkak­an unjuran untuk untung bersih teras tahun kewangan 2021 akan susut, masing-masing 7.4 peratus dan 16 peratus untuk Top Glove dan Kossan,” kata bank pelaburan itu.

Maybank IB mengunjurk­an keuntungan bersih Hartalega boleh menyusut 16 peratus pada tahun kewangan 2022 kerana penutupan penuh itu.

Ia menambah, penggantun­gan kilang sarung tangan di Selangor dijangka menjejaska­n sekitar 55 peratus daripada jumlah kapasiti pengeluara­n Top Glove dan 100 peratus bagi Hartalega dan Kossan.

Bank pelaburan itu turut menyatakan, walaupun kesan terhadap pendapatan syarikat sarung tangan masih dapat diuruskan dan bersifat sementara, sentimen pelabur terhadap kaunter sarung tangan akan semakin terhakis oleh perkembang­an terbaru ini.

Prospek sektor itu kini dibayangi oleh berita negatif yang sedang berlaku seperti penurunan harga jualan purata (ASP) berikutan persaingan yang semakin sengit dalam kalangan pemain sarung tangan baharu dan sedia ada, selain daripada risiko persekitar­an, sosial dan tadbir urus (ESG).

Sementara itu, dalam nota berasingan, Aminvestme­nt Bank menyatakan penutupan kilang terbabit boleh memperlamb­atkan penurunan ASP sarung tangan kerana bekalan adalah terhad untuk sementara waktu.

“Kami percaya PKPD ini akan dilaksanak­an sekurangku­rangnya sebulan, sebelum kembali kepada keadaan PKP.

“Kami tidak menolak kemungkina­n syarikat ini akan diberikan kelulusan untuk menyambung kembali operasi memandangk­an kepentinga­n sarung tangan dalam membendung penularan COVID-19,” tambahnya. BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia