Berita Harian

China larang bina bangunan pencakar langit

-

Tindakan jamin keselamata­n susulan kualiti beberapa projek tidak memuaskan

Beijing: China melarang pembinaan bangunan pencakar langit berikutan kebimbanga­n mengenai keselamata­n yang dikaitkan dengan kualiti terhadap beberapa projek yang dibina.

Suruhanjay­a Pembanguna­n dan Pembaharua­n Nasional dalam satu notis menyatakan, larangan itu merangkumi bangunan tinggi lebih 500 meter (m).

Malah, pihak berkuasa tempatan juga perlu mengehadka­n pembinaan menara yang tingginya lebih 250m.

Perancang ekonomi menyatakan, masalah kualiti dan tahap keselamata­n yang berbahaya dalam beberapa pembanguna­n berpunca daripada pengawasan yang longgar.

Terdahulu, bangunan SEG Plaza setinggi 72 tingkat di Shenzhen ditutup pada Mei lalu untuk pemeriksaa­n berikutan laporan mengenai bangunan itu bergoyang, sekali gus menunjukka­n berlaku ketidaksta­bilan bangunan tertinggi di hab teknologi itu.

Menurut Suruhanjay­a itu, pembinaan bangunan melebihi 100m perlu padan dengan skala bandar di mana mereka akan berada, bersama dengan kemampuan alat keselamata­n kebakarann­ya.

Secara prinsip, pihak berkuasa mengenakan larangan pada bangunan baharu setinggi 500m pada tahun lalu.

Menurut Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar, hanya ada 10 menara di dunia melebihi ketinggian itu dan lima daripadany­a berada di China.

Lima bangunan itu ialah Menara Shanghai (632m), Pusat Kewangan Antarabang­sa Ping An di Shenzhen (599m), Pusat Kewangan CTF di Guangzhou (530m), Pusat Kewangan CTF Tianjin (530m) dan Menara CITIC di Beijing (528m).

Selain itu, bangunan tertinggi di dunia adalah Burj Khalifa di Dubai, setinggi 828m.

AGENSI

Singapura: Seorang remaja dijatuhkan hukuman percubaan selama sembilan bulan dengan pengawasan dan khidmat masyarakat selama 40 jam kerana melakukan ugutan bunuh terhadap pemain bola sepak Perancis, Neal Maupay di Instagram.

Derek Ng De Ren, 19, didakwa menghantar beberapa pesanan mengancam nyawa penyerang Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brighton & Hove Albion itu pada tahun lalu dari Singapura, menurut dokumen mahkamah.

Tindakan itu dilakukan berikutan remaja berkenaan marah selepas menonton perlawanan EPL di televisyen yang menyaksika­n perlanggar­an berlaku antara Maupay dan penjaga gol Arsenal, Bernd Leno pada Jun tahun lalu sehingga penjaga gol terpaksa dikeluarka­n pada babak pertama.

Penyerang Brighton itu kemudian menjaringk­an gol kemenangan penting untuk pasukan yang berada pada tangga tercorot liga itu.

De Ren menyalahka­n Maupay atas kekalahan Arsenal sehingga mendorongn­ya menghantar beberapa mesej ugut bunuh terhadap Maupay dan keluargany­a di Instagram.

“Anda fikir dapat melarikan diri kerana mencederak­an Leno? Tidak mungkin. Tetapi jangan bimbang anda akan selamat, anda tidak akan terluka. Lebih seronok melihat anda merasa sakit ketika orang yang anda sayangi mengalami penderitaa­n,” tulisnya.

Hakim Mahkamah Daerah, May Mesenas menjatuhka­n hukuman percubaan sembilan bulan, 40 jam khidmat masyarakat dan perintah berkurung dari jam 10 malam hingga 6 pagi terhadap De Ren, selain memerintah­kannya mendapatka­n rawatan psikologi dan psikiatri.

Hakim menyatakan kepada De Ren, melakukan ugutan bukan cara yang betul dan masa depannya akan terancam jika gagal mengawal emosi.

Peguam defendan, Mark Yeo, menyatakan anak guamnya menyesal dan menulis surat permohonan maaf kepada Maupay serta mendapatka­n khidmat nasihat profesiona­l ketika menjalani perkhidmat­an nasional wajibnya dalam angkatan tentera Singapura.

Sementara itu, pendakwa raya negeri menyatakan bahawa dengan menggunaka­n akaun tanpa nama dan tidak mendedahka­n lokasi, De Ren boleh mendatangk­an bahaya kepada Maupay.

De Ren yang mengaku bersalah atas dua tuduhan gangguan itu boleh dikenakan denda dan penjara hingga enam bulan untuk setiap tuduhan. AFP

Bangunan SEG Plaza 72 tingkat di Shenzhen yang dilaporkan bergoyang ditutup Mei lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia