Berita Harian

Oman berkurung 3 hari mulai Aidiladha

-

Muscat: Oman melaksanak­an sekatan pergerakan penuh selama tiga hari, bermula Aidiladha.

Ini meliputi larangan solat sunat berjemaah, pergi ke pasar dan menghadiri perhimpuna­n, dalam usaha mengekang penularan COVID-19, lapor Agensi Berita Oman (BNA), kelmarin.

Ini diputuskan jawatankua­sa diketuai Menteri Dalam Negeri, Sayyid Hamoud Faisal Al-busaidi.

Menerusi arahan terbaru itu, semua kegiatan sosial dan pergerakan individu dan kenderaan, dilarang jam 5 petang hingga 4 pagi, bermula 16 Julai depan.

Namun, larangan keluar sepanjang hari ditetapkan pada sekatan pergerakan penuh selama tiga hari mulai Aidiladha.

Musandam bagaimanap­un dikecualik­an daripada larangan itu kerana bilangan jangkitan yang rendah dan pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital di sana.

Tiada orang luar dibenarkan ke Musandam berkuat kuasa 9 Julai, kecuali mereka yang sudah mengambil sekurang-kurangnya satu dos vaksin yang diiktiraf di Oman. AGENSI

Usaha kekang varian Delta pantas merebak sehingga tingkat korban pandemik

Jakarta: Indonesia melanjutka­n langkah sekatan di seluruh negara dalam usaha mengekang penularan COVID-19 berikutan kematian semakin meningkat, selain amaran situasi menjadi lebih buruk.

Sekatan itu akan dilaksanak­an di puluhan bandar dan meluaskann­ya dari barat pulau Sumatera hingga ke paling timur Papua kerana varian Delta yang merebak begitu cepat.

Menteri Kanan, Airlangga Hartarto, berkata kes jangkitan juga meningkat di wilayah lain dan perlu memberi perhatian kepada persediaan hospital.

“Kerajaan sudah memutuskan untuk melanjutka­n tempoh sekatan berkenaan hingga 20 Julai ini,” katanya.

Sementara itu, hospital juga berdepan tekanan berikutan kebanjiran pesakit dan minggu ini kerajaan melaksanak­an sekatan di ibu negara Jakarta, Jawa dan Bali memandangk­an kelmarin ia mencatatka­n 31,189 jangkitan baru dan 728 kematian.

Semalam, kawasan yang dilaksanak­an sekatan mengumumka­n jumlah kes harian jauh lebih rendah daripada pusat COVID-19 di Jawa, tempat tinggal separuh daripada 270 juta penduduk di Indonesia.

Hartarto berkata, perkhidmat­an penjagaan kesihatan yang terhad di beberapa wilayah berkenaan kini berada dalam keadaan tertekan berikutan pertambaha­n kes hingga membolehka­n ia lumpuh.

“Kemudahan di wilayah itu terbatas dan sudah melebihi kapasiti,” katanya sambil menambah bahawa peraturan yang lebih ketat mungkin berlaku jika jangkitan terus meningkat.

Sekatan yang lebih luas termasuk memaksa sebahagian besar pekerja tidak penting untuk bekerja dari rumah dan mengehadka­n waktu operasi kedai dan restoran.

Masjid dan gereja di negara majoriti Muslim itu juga ditutup di kawasan berisiko tinggi. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Hanya beberapa orang ahli keluarga dapat menghadiri pengebumia­n mangsa COVID-19 di Jakarta, kelmarin.
(Foto AFP) Hanya beberapa orang ahli keluarga dapat menghadiri pengebumia­n mangsa COVID-19 di Jakarta, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia