Berita Harian

‘Layan muzik di pusat vaksin’

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

PPM lancar projek perintis buat persembaha­n di PPV KLCC, Stadium Nasional Bukit Jalil

Mira Hatta berpengala­man beraksi ‘live’ dan bakal tampil di PPV.

Kudin Ramly antara ahli PPM yang bakal menghiburk­an orang ramai di pusat pemberian vaksin.

fatin.farhana@bh.com.my

Mengambil ilham aksi artis Thailand membuat persembaha­n di sebuah pusat suntikan vaksin di negara itu, Persatuan Pemuzik Malaysia (PPM) mendapat kebenaran Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk melancarka­n projek perintis di pusat pemberian vaksin (PPV) Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan PPV Stadium Nasional Bukit Jalil di ibu negara.

Mementaska­n aksi instrument­al solo atau berduet dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk memakai pelitup muka, pemuzik yang bernaung di bawah PPM membuat persembaha­n di PPV terbabit selama dua minggu mulai hari ini hingga 21 Julai ini.

Persembaha­n sesi pertama bermula jam 10 pagi hingga 2 petang disusuli sesi kedua mulai jam 2 petang hingga 6 petang.

Kebenaran membuat persembaha­n di khalayak ramai, biarpun sekadar menghiburk­an rakyat yang menunggu giliran mendapatka­n vaksin, cukup dinantikan pemuzik yang sudah 18 bulan tidak bekerja dan terputus mata pencarian akibat penularan COVID-19.

Naib Presiden PPM, Edwin Nathaniel, berkata idea membuat persembaha­n di PPV seluruh negara timbul selepas beliau melihat video artis Thailand beraksi di pusat suntikan vaksin di Bangkok.

“Melihat rakaman video itu, anak saya bertanya mengapa tidak cuba memohon kebenaran untuk artis PPM membuat persembaha­n di PPV Malaysia.

“Sudah 18 bulan kami tidak bekerja, apabila ahli dibenar membuat persembaha­n di PPV, kami dapat beraksi secara fizikal dan menjana pendapatan,” katanya kepada HIP.

Nathaniel berkata, cadangan untuk artis PPM membuat persembaha­n di PPV dikemukaka­n kepada kerajaan pada 13 Jun lalu.

“Syukur Menteri Penyelaras

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin merangkap Pengerusi CITF dan ahli JKJAV bersetuju dengan cadangan itu,” katanya.

Nathaniel berkata, syor itu merangkumi pelbagai aspek termasuk pematuhan SOP, jadual persembaha­n dan bayaran kepada pemuzik tempatan yang beraksi di PPV.

Tambahnya, CITF memperhalu­si cadangan PPM termasuk menjalin kerjasama dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) yang membiayai projek berkenaan.

Nathaniel berkata, selain mengurus soal pembayaran, MOTAC juga bertanggun­gjawab mencari lokasi PPV yang sesuai dan menyelaras­kan semua urusan berkaitan persembaha­n artis PPM.

“PPM perlu menyediaka­n artis atau pemuzik yang akan beraksi di PPV terpilih. Kami diberi dua minggu untuk melakukan projek perintis.

“MOTAC mahu melihat kelancaran dan sambutan terhadap persembaha­n artis PPM. Jika projek ini mendapat maklum balas baik, persembaha­n artis persatuan ini akan dilanjutka­n sehingga akhir tahun ini,” katanya.

Nathaniel berkata, projek persembaha­n pemuzik PPM di PPV dapat membantu ahli yang sudah lama tidak bekerja.

Tambahnya, berikutan tiada job, ramai pemuzik berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa menjual rumah, kereta, peralatan muzik, koleksi cakera padat, kaset dan sebagainya.

“Ada pemuzik terpaksa keluar dari rumah sewa kerana kesempitan hidup. Malah, lebih teruk, ada yang mengalami masalah mental disebabkan impak penularan pandemik,” katanya.

Nathaniel berkata, ahli PPM sangat gembira apabila mendapat tahu kerajaan membenarka­n mereka beraksi di PPV dan menjana pendapatan.

“Saya berterima kasih kepada Khairy kerana memberi peluang kepada kami membuat persembaha­n secara fizikal.

“Sebenarnya, kami membuat permohonan menerusi e-mel pada 13 Jun lalu dan mendapat jawapan sehari kemudian.

“Peluang ini sangat kami hargai dan diharap berterusan agar artis boleh mencari wang bagi meneruskan kehidupan,” katanya.

Sebelum ini, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PPM mengambil beberapa inisiatif membantu pemuzik tempatan yang terjejas pendapatan.

 ?? (Foto ihsan PPM) ??
(Foto ihsan PPM)
 ?? (Foto ihsan PPM) ??
(Foto ihsan PPM)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia