Berita Harian

Profil Azreen Nabila

-

Nama penuh: Tarikh lahir: Tempat lahir: Hobi: Cita-cita: Keluarga:

Azreen Nabila Alias

29 Jun 2000 (21 tahun) Hospital Kuala Terengganu Mendengar lagu dan menonton filem Ahli perniagaan Anak ketujuh daripada lapan beradik (lima kakak, seorang abang dan adik lelaki)

Catatan masa terbaik:

11.81 saat

Jenama kasut: Idola:

Asics Allyson Felix (Amerika Syarikat)

Penampilan antarabang­sa:

Sukan SEA 2019 di Filipina

peperiksaa­n akhir semakin hampir, dalam sehari saya perlu berlatih dan menghadiri kelas. Tetapi itu tidak menjejaska­n persiapan ke Tokyo kerana saya sentiasa berikan tumpuan sepenuhnya dalam sesi latihan.

“Ketika ini saya juga tidak mahu terlalu memikirkan pasal pertanding­an (Olimpik). Apabila saya terlalu fikirkan ia akan memberi tekanan kepada diri sendiri,” kata beliau yang dijadual berlepas ke Tokyo pada 25 Julai.

Atlet dengan rekod peribadi terbaik 11.81 saat (s) yang dicatatkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak itu layak ke Tokyo selepas menjadi atlet pilihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang diberikan satu slot wild card.

Catatan terbaik Azreen Nabila musim ini adalah 12.00s yang dirakamkan pada April lalu, selepas mencipta kejutan menewaskan beberapa nama besar seperti S Komalam Shally dari

Perak dan atlet Johor, Siti Fatimah Mohamad untuk merangkul emas 100m pecut Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia.

Berdasarka­n catatan dilakarnya dan kekurangan kejohanan kompetitif di samping impak pandemik COVID-19, Azreen Nabila mengakui beliau perlu berpijak di bumi nyata apabila bakal bersaing dengan barisan jaguh dunia, selain perlu mempunyai sasaran realistik di Tokyo.

“Pecah rekod kebangsaan?. Saya hanya mahu buat yang terbaik. Sasaran utama saya bersama jurulatih adalah memperbaik­i catatan peribadi, saya memang berhasrat nak perbaharui rekod 11.81s sebelum ini,” katanya yang dinobatkan sebagai Olahragawa­ti SUKMA 2018.

Rekod kebangsaan 100m pecut wanita berusia 28 tahun dipegang bekas ratu pecut negara, G Shanti dengan catatan masa 11.50s yang dicipta pada Pra-sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1993. BERNAMA

Kuala Lumpur: Saingan hoki Piala Tun Abdul Razak dijadual berlangsun­g dari 10 hingga 20 November ini, manakala Liga Hoki Remaja Malaysia TNB (MJHL TNB) bagi lelaki dan wanita pada 26 November hingga 2 Januari 2022.

Pengumuman penetapan tarikh penganjura­n dua kejohanan berkenaan diumumkan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanding­an Konfederas­i Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh, di sini, semalam.

Dua kejohanan itu akan dianjurkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamata­n Negara, Kementeria­n Kesihatan serta Kementeria­n Belia dan Sukan, selain mengambil kira setiap garis panduan bagi memastikan ia dilangsung­kan dengan selamat.

“Penganjura­n Piala Tun Abdul Razak dan MJHL TNB akan diteruskan yang mana

KHM dan jawatankua­sa saya sudah melakukan perancanga­n serta menyusun jadual dengan sebaiknya, selain mengambil kira ruang masa yang cukup untuk setiap pemain mendapatka­n suntikan vaksin.

“Pada 25 Julai ini, kami akan mengadakan perbincang­an lebih terperinci untuk menetapkan di mana venue bagi keduadua kejohanan, SOP yang perlu dipatuhi serta langkah terbaik untuk semua pihak, kerana penganjura­n kejohanan MJHL TNB 2021 khususnya akan membabitka­n remaja masih bersekolah.

“Jika sebelum ini penganjura­n TNB MJHL membabitka­n pemain di bawah 19 tahun, namun bagi tahun ini kami menaikkan had umur kepada 21 tahun ke bawah,” kata Dr Anil.

Penganjura­n MJHL TNB 2021 akan menyaksika­n dua divisyen dipertandi­ngkan bagi kategori lelaki, sementara wanita kekal dengan satu divisyen.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia