Berita Harian

‘Sepanyol akan kembali’

-

Pemain Sepanyol kecewa selepas tewas ketika sepakan penentuan menentang Itali dalam saingan separuh akhir Euro 2020 di Stadium Wembley, London, kelmarin.

Kapten Sepanyol, Sergio Busquets, berkata pasukan itu akan kembali kuat hasil pengalaman berguna ketika mara ke separuh akhir Euro 2020 selepas tewas penentuan penalti kepada Itali.

“Ia menyedihka­n, kami lebih suka kejohanan kali ini tidak berakhir hari ini buat kami, tetapi ia adalah bola sepak.”

“Pasukan ini sangat bagus, kami adalah pasukan yang lebih baik pada hampir keseluruha­n perlawanan. Kami boleh berbangga, saya berasa bangga terhadap rakan sepasukan. Semua orang menjadikan Itali pasukan pilihan, tapi kami menunjukka­n bahawa kami lebih baik,”kata Busquets kepada Radio Marca.

Alvaro Morata masuk dari bangku simpanan untuk menyamakan kedudukan pada lewat permainan buat Sepanyol di Wembley susulan jaringan pembukaan Federico Chiesa selepas sejam.

Namun Morata dan Dani Olmo gagal menyempurn­akan penalti dalam perlawanan berkesudah­an 1-1 selepas tambahan masa dengan Itali mara ke final menerusi kemenangan 4-2.

“Bersama ramai pemain muda, ia akan memberikan mereka keyakinan. Pasukan ini akan kembali.”

“Secara keseluruha­n saya percaya kami lebih baik, tapi bola sepak memang begitu dan kami perlu mengucapka­n tahniah buat mereka (Itali). Masih ada setahun setengah sehingga Piala Dunia, dan kami berada di landasan yang betul,” kata Busquets.

Busquets yang kini berusia 32 tahun menjadi pemain tunggal dalam skuad yang bermain pada Piala Dunia 2010 ketika Sepanyol menundukka­n Belanda di final.

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia