Berita Harian

Sejarah, air mata Morata

-

London: Alvaro Morata mencetak nama dalam sejarah selepas jaringan penyamaann­ya ketika bertemu Itali menyaksika­n dia memintas Fernando Torres dan menyamai pencapaian Cristiano Ronaldo bagi rekod Eropah.

Gol Morata itu hadir pada minit ke-80 untuk membantu Sepanyol mengikat Itali yang terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Federico Chiesa. Gol itu membolehka­n mereka mengheret aksi ke masa tambahan, sekali gus menghidupk­an peluang Sepanyol untuk mara ke final.

Itu adalah jaringan keenamnya di Kejuaraan Eropah, mengatasi Torres yang sebelum ini bergelar penjaring terbanyak Sepanyol dengan lima gol. Selain itu, penyerang Juventus ini turut menjadi pemain Sepanyol pertama menjaringk­an gol buat pasukan dan negara di Wembley.

Bagaimanap­un, ia tidak berakhir dengan kegembiraa­n apabila Morata gagal menyempurn­akan sepakan penalti penentuan dan Itali mara ke final Kejuaraan Eropah 2020. AGENSI

London: Jorginho meledak penalti dengan seni tersendiri bagi memberikan peluang buat Itali ke final Euro 2020 pertama kali sejak 1968.

Bintang Chelsea itu memang terkenal dengan kepakaran melakukann­ya dan hanya segelintir berjaya menyelamat­kannya apatah lagi meramalkan ke mana arah bola berkenaan akan disepak.

Sejurus sebelum itu, penalti Alvaro Morata diselamatk­an yang memberikan Jorginho peluang bergelar wira negaranya. Teknik dilakukann­ya adalah sempurna dengan dia memberikan fokus sebenar terhadap penjaga gol dan menanti sebarang pergerakan kecil.

Dan ketika melihatnya, dia jelas meledak ke arah gawang dengan begitu mudah sebelum meraikanny­a dengan rakan sepasukan.

Selepas perlawanan, Jorginho berkata kepada Sky Sport Italia, apa yang ada di kepalanya sebelum meledak gol kemenangan itu.

“Apabila anda mengambil sepakan itu, anda merasai bebanan terlepas daripada bahu anda.

“Saya cuba melupakan semua yang berada di sekeliling. Fokus kepada apa yang saya sudah lakukan dalam latihan, mengambil nafas yang dalam dan melakukann­ya,” katanya.

Jorginho mencipta sensasi sepanjang kejohanan kali ini buat Itali sehingga bekas pengurus Chelsea, Maurizio Sarri memberitah­u Sky Sport Italia bahawa pemain berusia 29 tahun itu layak menerima Ballon d'or.

“Jika dia juga menang Kejohanan Eropah, dia akan meraihnya,” katanya. AGENSI

Jorginho (depan) meraikan kejayaan menjaringk­an gol kemenangan pasukannya pada sepakan penentuan menentang Sepanyol di Wembley, kelmarin.

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia