Berita Harian

PM, Kabinet sedia ada kekal, boleh jalankan kuasa eksekutif

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sedia ada kekal untuk terus menjalanka­n kuasa eksekutif persekutua­n.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berkata berdasarka­n Perkara 43(2)(a) Perlembaga­an Persekutua­n, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaa­n majoriti ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan ahli Dewan Rakyat sendiri, bukannya melalui kenyataan sesuatu parti politik ataupun mana-mana pemimpin parti politik.

“Merujuk kenyataan media yang dikeluarka­n Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) bertarikh 7 Julai, kenyataan itu daripada satu parti komponen yang membentuk kerajaan sedia ada yang dilantik Yang di-pertuan Agong menurut Perkara 43(1) dan (2) Perlembaga­an Persekutua­n.

“Buat masa ini, kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukka­n Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaa­n majoriti ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Idrus mengulas kenyataan Ahmad Zahid semalam, yang memaklumka­n UMNO menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin berkuat kuasa serta-merta dan meminta Perdana Menteri meletak jawatan.

Bagaimanap­un, beberapa Ahli

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu memberi reaksi berbeza semalam, dengan mendakwa Ahmad Zahid membuat kenyataan kurang tepat.

Pagi semalam, beberapa anggota Kabinet dan pegawai tertinggi kerajaan dilihat memasuki kawasan rumah Muhyiddin di Bukit Damansara, di sini. Beberapa kenderaan hitam termasuk sebuah kenderaan menggunaka­n plat ‘Menteri’ dengan diiringi polis dilihat memasuki kawasan itu sebelum keluar kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Antara yang dipercayai hadir adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Luar, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein dan Idrus.

Pertemuan dipercayai mempunyai kaitan dengan pengumuman UMNO yang memutuskan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin

 ?? (Foto Khairul Anuar Rahim/ BH) ?? Kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, menjadi tumpuan apabila beberapa anggota Kabinet dan pegawai tertinggi kerajaan mengadakan pertemuan di rumah Perdana Menteri, semalam. Ia susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumka­n parti itu menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta-merta dan meminta Perdana Menteri meletak jawatan.
(Foto Khairul Anuar Rahim/ BH) Kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, menjadi tumpuan apabila beberapa anggota Kabinet dan pegawai tertinggi kerajaan mengadakan pertemuan di rumah Perdana Menteri, semalam. Ia susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumka­n parti itu menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta-merta dan meminta Perdana Menteri meletak jawatan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia