Berita Harian

Lebih 300,000 dos suntikan vaksin tiga hari berturut-turut

-

Kuala Lumpur: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sekali lagi mencatat jumlah suntikan vaksin harian tertinggi dengan 375,842 dos vaksin diberikan di seluruh negara, kelmarin.

Ia menyaksika­n kadar pemberian vaksin harian mencatat lebih 300,000 dos untuk tiga hari berturut-turut, bermula Isnin lalu dengan 313,761 dos dan 340,043 dos kelmarin.

Peningkata­n kapasiti harian itu membolehka­n Malaysia mencatat pemberian kira-kira 1.03 juta dos vaksin dalam tempoh tiga hari.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata dengan peningkata­n itu, Malaysia merekodkan pemberian lebih 10 juta dos vaksin sejak PICK bermula pada 24 Februari lalu.

Daripada jumlah itu, katanya, lebih 13 peratus daripada hampir 23.4 juta populasi dewasa di negara ini sudah menerima dua suntikan lengkap vaksin COVID-19, manakala hampir 30 peratus sudah menerima dos pertama setakat kelmarin.

“Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat semalam (kelmarin) ialah 10,036,361 dos. Sejumlah 375,842 dos diberikan iaitu yang tertinggi setakat ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 6,999,554 orang sudah menerima dos pertama vaksin, manakala sejumlah 3,036,807 orang pula sudah menerima dos kedua,” katanya menerusi Twitter, semalam.

Data Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dikongsi Dr Adham, menunjukka­n Putrajaya mendahului kadar pemberian dos lengkap vaksin berbanding jumlah penduduk, dengan 30,681 individu atau 27.9 peratus.

Ia disusuli Labuan (20,207/20.3 peratus), Perlis (48,859/19.2 peratus), Kuala Lumpur (290,256/16.4 peratus), Sarawak (401,408/14.3 peratus), Negeri Sembilan (119,417/10.6 peratus), Perak (241,741/9.6 peratus) dan Pahang (159,459/9.5 peratus).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia