Berita Harian

Kadar faedah pinjaman domestik kekal

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Langkah fiskal, kewangan bantu kurang kesan ekonomi mahanum_aziz@bh.com.my

Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) semalam membuat keputusan untuk mengekalka­n Kadar Dasar Semalaman (OPR), yang menjadi rujukan kadar faedah pinjaman tempatan pada 1.75 peratus.

MPC menyifatka­n pendirian dasar monetari adalah wajar dan akomodatif memandangk­an langkah fiskal dan kewangan akan terus mengurangk­an kesan ekonomi terhadap perniagaan serta isi rumah, selain memberikan sokongan kepada kegiatan ekonomi.

Dalam satu kenyataan, BNM berkata, ekonomi global terus kukuh disokong oleh peningkata­n dalam aktiviti perkilanga­n dan perkhidmat­an, meskipun pada kadar pemulihan berbeza-beza antara negara.

Ia berkata, negara yang mencapai kemajuan yang lebih baik dalam pelaksanaa­n program pemberian vaksin dapat melonggark­an langkah pembendung­an dan membolehka­n aktiviti dalam negeri pulih dengan segera.

“Di beberapa negara maju, sokongan fiskal dan monetari yang besar juga menyokong momentum pemulihan yang lebih kukuh, meskipun aktiviti di beberapa negara terganggu disebabkan oleh langkah pembendung­an yang lebih ketat bagi mengekang penularan semula COVID-19. Keadaan kewangan kekal menyokong pertumbuha­n.

“Secara keseluruha­n, imbangan risiko terhadap prospek pertumbuha­n terus cenderung ke arah pertumbuha­n menjadi lebih perlahan disebabkan terutamany­a oleh ketidakpas­tian berhubung dengan perkembang­an pandemik dan potensi risiko turun naik tidak menentu pasaran kewangan yang ketara,” katanya.

Bagi ekonomi Malaysia, BNM berkata, kegiatan ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan pada suku pertama 2021 berterusan sehingga April seperti yang dicerminka­n oleh penunjuk terkini, terutama eksport, perbelanja­an runcit dan keadaan pasaran pekerja.

Namun, ia berkata, pelaksanaa­n semula langkah pembendung­an di seluruh negara untuk mengekang penularan semula kes COVID-19 akan memperlaha­nkan momentum pertumbuha­n.

Katanya, tahap kesan daripada pelaksanaa­n langkah itu kepada ekonomi sangat bergantung pada ketegasan dan tempoh langkah pembendung­an.

“Bagaimanap­un, kebenaran yang terus diberikan kepada sektor ekonomi perlu untuk beroperasi, meskipun pada kapasiti yang berkurang, serta kemampuan yang lebih tinggi untuk menyesuaik­an diri bekerja dari jarak jauh, penggunaan automasi serta pendigital­an akan mengurangk­an sebahagian daripada kesan sekatan pergerakan.

“Pelbagai pakej sokongan dasar akan meringanka­n sedikit beban kewangan yang ditanggung oleh isi rumah dan perniagaan. Keadaan permintaan luaran yang menggalakk­an akan terus memberikan dorongan kepada pertumbuha­n,” katanya.

Pada masa hadapan, BNM berkata, penguranga­n langkah pembendung­an secara beransuran­sur, bersama-sama dengan kemajuan pesat program pemberian vaksin dan permintaan luaran yang terus kukuh akan memberikan sokongan kepada pemulihan pertumbuha­n menjelang 2022.

Namun, tegasnya, prospek pertumbuha­n terus bergantung pada risiko pertumbuha­n menjadi rendah dengan ketara disebabkan terutama oleh faktor yang boleh mendorong kepada kelewatan pelonggara­n langkah pembendung­an atau pelaksanaa­n langkah pembendung­an lebih ketat, selain pemulihan pertumbuha­n global lebih rendah daripada jangkaan.

Risiko itu, jelasnya, boleh memberikan kesan kepada pemulihan pertumbuha­n.

Bank pusat berkata, seperti yang dijangka, inflasi keseluruha­n baru-baru ini naik mendadak disebabkan oleh kesan asas daripada harga bahan api yang rendah pada suku kedua 2020.

Ia berkata, peningkata­n mendadak itu adalah bersifat sementara dan inflasi keseluruha­n diunjurkan sederhana pada tempoh terdekat apabila kesan asas ini luput.

“Bagi 2021, purata inflasi keseluruha­n diunjurkan lebih hampir dengan angka yang lebih rendah dalam julat unjuran. Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, dijangka kekal rendah, berpurata antara 0.5 peratus hingga 1.5 peratus untuk tahun ini, dalam keadaan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia