Berita Harian

12 menteri India gagal atasi wabak letak jawatan

-

31 juta jangkitan dilapor, varian baharu burukkan lagi keadaan

New Delhi: India menyaksika­n 12 menteri meletak jawatan kelmarin kerana gagal menangani pandemik yang menyaksika­n peningkata­n ketara jangkitan dan kematian akibat COVID-19.

Peletakan jawatan itu adalah sebahagian daripada rombakan dan pengembang­an Kabinet Perdana Menteri India, Narendra Modi, menjelang tujuh pilihan raya negeri pada 2022.

Antaranya termasuk Menteri Kesihatan, Harsh Vardhan, 66, yang meletak jawatan kelmarin selepas mengaku gagal membendung lonjakan kes coronaviru­s awal tahun ini.

Beliau dikecam teruk ketika lonjakan jangkitan COVID-19 pada April dan Mei lalu, susulan varian baharu virus itu dan kelemahan sekatan, selain beberapa minggu lalu, beliau dilaporkan berkata, India ‘pada peringkat akhir’ pandemik.

Perkhidmat­an kesihatan mengalami tekanan teruk di banyak kawasan dengan hospital kekurangan katil, oksigen perubatan dan ubat, manakala kadar kematian terus berlipat ganda.

Angka kematian rasmi India yang melepasi 160,000 kes pada akhir Mac, semalam mencatatka­n hampir 31 juta jangkitan termasuk lebih 405,000 kematian, tetapi ramai pakar percaya jumlah sebenar adalah beberapa kali ganda lebih tinggi.

Puluhan muka baharu dilantik menganggot­ai Kabinet baharu Modi, menjadikan keseluruha­n 77 menteri berbanding 52 orang sebelum ini.

Lebih 12 menteri berasal dari negeri seperti Uttar Pradesh dan Gujarat, yang mewakili kasta serta komuniti terpinggir, menjadi faktor dominan dalam politik pilihan raya India. Empat anggota dari selatan Karnataka juga dilantik termasuk jutawan media terkemuka, Rajeev Chandrasek­har dan Shobha Karandlaje.

Karandlaje memiliki beberapa

Harsh Vardhan kes polis susulan kenyataann­ya dikatakan anti-islam, manakala enam menteri wanita lain turut dilantik dalam Kabinet baharu.

Bagaimanap­un, Kabinet baharu itu menyaksika­n Menteri Undang-undang, Keadilan dan Teknologi Maklumat, Ravi Shankar Prasad serta Menteri Penerangan, Penyiaran, Persekitar­an dan Perubahan Iklim, Prakash Javadekar disingkirk­an.

Prasad, 66, dan Javadekar, 70, dilihat sebagai wajah kerajaan Parti Bharatiya Janata (BJP) dipimpin Modi, dengan beberapa laporan media mencadangk­an mereka akan meneruskan gerak kerja parti menjelang pilihan raya utama negara.

Tujuh negeri akan mengadakan pilihan raya tahun depan, enam daripadany­a dikuasai BJP termasuk Uttar Pradesh, negeri paling popular di India selain Gujarat dan Punjab. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia