Berita Harian

Benarkan usia 50 tahun ke atas suntik vaksin tanpa janji temu

- Oleh Latifah Arifin dan Mohd Zaky Zainuddin bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kadar vaksinasi di Lembah Klang perlu ditingkatk­an sekurang-kurangnya mencapai 30 peratus daripada jumlah populasi sebagai tindakan segera mengekang jangkitan COVID-19 daripada mencecah puluhan ribu kes harian dalam masa terdekat.

Pakar kesihatan dan ahli ekonomi berpendapa­t, kerajaan juga perlu melihat semula keperluan memperketa­t atau menutup industri dan sektor ekonomi di kawasan berisiko tinggi, terutama berhampira­n komuniti.

Ini susulan kebimbanga­n orang ramai apabila kes jangkitan COVID-19 harian kembali memuncak, terutama apabila semalam negara merekodkan kes harian tertinggi 9,180 kes.

Pengarah Pusat Penyelidik­an dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika, Prof Dr Sazaly Abu Bakar, berkata dalam tempoh dua minggu ini, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) wajar ditumpukan kepada penduduk di Lembah Klang dengan keutamaan kepada mereka berusia 50 tahun ke atas.

“Jika boleh, benarkan individu 50 tahun ke atas ini terus ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tanpa janji temu memandangk­an ada yang sudah berdaftar berbulan-bulan tetapi belum dipanggil.

“Sebagai langkah segera mengekang penularan, sekurangku­rangnya 30 peratus penduduk perlu divaksinas­i terutama di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Jika ditambah dengan anggaran 15 peratus lagi penduduk yang pernah dijangkiti COVID-19 yang mereka ini sudah mendapat imunisasi secara semula jadi, kadar vaksinasi di Lembah Klang boleh mencapai sehingga 45 peratus (imuniti berkelompo­k), dan kadar ini tentu dapat menurunkan angka kes semasa,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Semalam, kes harian baharu COVID-19 iaitu 9,180 kes adalah mengatasi 9,020 kes pada 29 Mei lalu, yang tertinggi direkodkan sejak pandemik melanda negara.

Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi dengan 4,400 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,271), Negeri Sembilan (899) dan Sarawak (406). Kes kematian yang dicatatkan semalam pula ialah 77 kes, berbanding kelmarin 135 kes.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sistem kesihatan di empat negeri yang mencatat trend peningkata­n kes harian baharu melebihi kapasiti maksimum hospital, kemungkina­n berdepan risiko lumpuh sekiranya tidak dikawal.

Empat negeri terbabit ialah Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Labuan.

Beliau juga berkata, kes harian COVID-19 dijangka terus meningkat berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur ketika ini.

Sehingga kelmarin, Kuala Lumpur merekodkan 1,302,252 penduduk sudah menerima dos pertama, manakala dos kedua (306,469).

Selangor pula menyaksika­n 1,314,946 pendudukny­a menerima dos pertama dan 446,583 dos kedua, Negeri Sembilan 257,100 (dos pertama) dan 124,506 dos kedua, manakala Putrajaya 50,448 (dos pertama) dan 31,580 (dos kedua).

Mengulas lanjut, Dr Sazaly berkata, strategi semasa bagi memastikan vaksinasi diberikan secara adil dan memberi keutamaan kepada golongan pekerja berusia 20 hingga 40 tahun juga perlu diubah bagi mengelakka­n lambakan kes kematian dan kritikal dicatatkan di hospital.

“Kita perlu balik kepada tujuan asal vaksinasi iaitu mengurangk­an jumlah kematian, individu yang ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan sokongan ventilator.

“Masalahnya sekarang, vaksin ada disalah guna, ramai yang nak cepat divaksin untuk membolehka­n perniagaan dibuka semula, perkara ini perlu diperbetul­kan.

“Jika kadar vaksinasi di Lembah Klang dirancakka­n, tetapi sektor ekonomi dengan pekerja muda yang diberi keutamaan, ia tentu akan meragut lebih ramai nyawa dan memberi kesan langsung kepada pertambaha­n kes ICU dan memerlukan bantuan pernafasan di hospital.

“Isunya sekarang, bukan sahaja objektif asal vaksinasi sudah hilang arah, tetapi tujuan dilaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menghalang penyakit (COVID-19) daripada bergerak juga diabaikan,” katanya.

Pakar Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, vaksinasi besar-besaran perlu dilaksanak­an di kawasan yang menjadi penyumbang kluster tertinggi, khususnya sektor perindustr­ian.

“Kerajaan perlu siasat punca kluster dan siapa golongan yang merekodkan kadar harian kes tertinggi.

“Setakat ini, memang pekerja kilang terutama dalam sektor pembuatan menyumbang kepada peningkata­n kes, namun masalahnya sehingga hari ini masih ada kilang haram terus beroperasi. Ini memerlukan tindakan penguatkua­saan lebih ketat, selain pastikan semua pekerja divaksinas­i.

Jika kluster sektor industri tidak ditangani segera, beliau berkata sukar bagi pihak berkuasa untuk menangani dan memulihkan situasi genting COVID-19.

Katanya, rakyat umumnya akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD), duduk di rumah dan penjarakan fizikal mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Bagaimanap­un, dalam masa sama, negeri yang menunjukka­n status tinggi kes (zon merah) dan mempunyai sektor pembuatan dan pergilanga­n pesat, kapasiti pekerja yang hadir masih lagi 60 peratus.

“Ia sepatutnya dikurangka­n di bawah 30 peratus sahaja dan keadaan ini tentunya amat membimbang­kan,” katanya.

Bagi penganalis­is ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, kerajaan boleh memperbany­akkan lagi PPV memandangk­an negara sudah mendapat bekalan vaksin yang banyak bagi mengawal penularan jangkitan.

“Kita perlu menyeimban­gkan antara keperluan kesihatan dan ekonomi. Jika tiada pilihan, kita tutup sahaja ekonomi dan industri di kawasan berisiko tinggi. Manakala, di kawasan kurang berisiko, kita ketatkan aktiviti supaya penularan tidak merebak.

“Operasi kilang umpamanya perlu diketatkan. Ini kerana bukan semua pekerja tinggal di kuarters pekerja, ada yang tinggal di dalam komuniti.

“Jika kebarangka­lian untuk kilang terbabit mendapat jangkitan atau menyebar wabak, ia harus ditutup sehingga semua pekerja disaring dan divaksin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Penyelidik­an Risiko Ekonomi dan Politik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin berkata, sebarang keputusan kerajaan terhadap pembukaan sektor perniagaan, perkilanga­n dan pergerakan fizikal secara bersasar harus berdasarka­n kepada kajian sains dan data.

“Kerajaan perlu mengembang­kan strategi FTTIS (Find, Test, Trace, Isolate, Support) serta menyegerak­an pengenalan ujian saringan COVID-19 menggunaka­n cara lebih mudah dan murah seperti menggunaka­n ‘saliva test’ dan boleh diuji sendiri di rumah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia