Berita Harian

Risiko penyakit anak albino 1,000 kali ganda

Dianggarka­n 30 peratus individu albino derita kanser kulit pada usia 40-an

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi bhnews@bh.com.my

individu yang mempunyai kulit cerah dan berambut putih, warna mata keperangan, kelabu atau kebiruan lebih dikenali sebagai albino sering kali menjadi tumpuan.

Namun awas! - Individu albino mempunyai risiko 1,000 kali ganda mendapat kanser kulit, berbanding individu biasa.

Ketua Unit Dermatolog­i dan Pakar Perunding Dermatolog­i dan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Madya Dr Adawiyah Jamil, berkata dianggarka­n kira-kira 30 peratus individu albino mendapat kanser kulit pada usia 40-an.

Katanya, ini kerana golongan itu tiada atau kekurangan pigmen yang menjadi sistem perlindung­an semula jadi kulit terhadap kesan buruk cahaya matahari.

Justeru individu albino perlu sentiasa melindungi kulit daripada cahaya matahari dengan menggunaka­n losyen atau krim pelindung suria dan memakai pakaian sesuai.

Mereka perlu melakukan pemeriksaa­n kulit secara berkala atau sekurang-kurangnya setahun sekali, supaya jika ada simptom kanser, boleh dikesan dan dirawat segera.

“Individu albino perlu sentiasa peka kepada sebarang perubahan kepada kulit seperti tumbuhnya bijibiji atau tompokan kerana ini adalah Individu albino perlu sentiasa melindungi kulit daripada cahaya matahari. antara simptom kanser kulit.

“Jumlah golongan itu yang mendapat kanser bergantung kepada jumlah pigmen yang ada serta berapa banyak pendedahan matahari sepanjang hayat mereka,” katanya.

Rawatan kanser kulit

Dr Adawiyah berkata, jika individu albino itu disahkan mendapat kanser kulit, mereka perlu menjalani rawatan bergantung kepada jenis dan tahap kanser tersebut.

Jika kanser berjaya dikesan awal, rawatan paling berkesan ialah pembedahan untuk membuang kanser tanpa perlu apa-apa rawatan lain.

“Bagaimanap­un, jika kanser sudah merebak, rawatan lain adalah menerusi radioterap­i, kemoterapi atau terapi sasaran,” katanya.

Beliau berkata, apabila apabila individu albino pernah menghidap kanser kulit, mereka masih boleh terdedah kepada cahaya matahari tetapi dihadkan.

“Waktu paling selamat terdedah kepada cahaya matahari adalah sebelum jam 10 pagi dan selepas jam 5 petang.

“Di antara waktu berikut jika masih perlu terdedah kepada cahaya matahari, mereka perlu menggunaka­n losyen atau krim pelindung matahari,” katanya.

Penghidap kanser kulit masih boleh sembuh sepenuhnya jika mereka dirawat dengan cara pembedahan.

Bagaimanap­un, kanser masih boleh berlaku semula pada bila-bila masa di kawasan kulit yang lain pula.

“Justeru, pengawasan berterusan sepanjang hayat perlu untuk mengesan kanser. Mengesan kanser awal sangat penting kerana tahap kanser mempunyai kesan besar dan berpeluang sembuh sepenuhnya,” katanya.

Individu albino tidak menunjukka­n kesan jika terdedah kepada cahaya matahari terutama kanak-kanak, Dr Adawiyah berkata, tanda kulit sensitif termasuk sakit atau pedih, kulit menjadi merah, kulit berasa bengkak atau tebal, panas apabila disentuh dan paling teruk wujud gelembung air serta menggelupa­s.

Tetapi segelintir kulit individu albino mungkin dapat menyesuaik­an diri dengan cahaya matahari tanpa mendapat mana-mana tanda berkenaan.

“Ini boleh berlaku jika mereka kerap terdedah kepada matahari untuk jangka masa panjang.

“Ini tidak bermakna mereka tiada atau kurang risiko kanser kerana risiko tetap sama. Malah risiko kanser bertambah seiring dengan usia,” katanya.

Masalah mata dan penglihata­n

Selain kanser kulit, individu albino juga berisiko mendapat pelbagai komplikasi termasuk masalah mata dan penglihata­n.

“Pemeriksaa­n mata sangat penting untuk mengenal pasti dan merawat masalah mata.

Isu lain, individu albino juga sering berdepan masalah sosial, psikologi serta stigma dan mungkin diskrimina­si berpunca daripada kelainan warna kulit.

Struktur genetik

Menjelas lanjut, katanya, albino berpunca daripada struktur genetik tidak normal yang menyebabka­n sel-sel melanosit tidak dapat menghasilk­an pigmen atau warna seperti biasa.

Selain di kulit, sel-sel melanosit juga terdapat pada bahagian mata, selaput otak dan telinga tengah.

“Albino diwarisi secara ‘autosomal recessive’. Seseorang yang membawa gen ini atau digelar sebagai pembawa, tidak mempunyai apa-apa tanda penyakit sama sekali.

“Jika pembawa itu mempunyai anak dengan pasangan yang normal, anak juga mempunyai 50 peratus kebarangka­lian menjadi pembawa.

“Anak yang kedua-dua ibu bapa adalah pembawa, mempunyai 25 peratus kemungkina­n mendapat albino, 50 peratus kemungkina­n menjadi pembawa dan 25 peratus kemungkina­n mempunyai genetik normal,” katanya.

Jenis albino

Albino terbahagi kepada dua, iaitu membabitka­n mata sahaja dan lebih lazim, membabitka­n kulit dan mata.

Terdapat tujuh jenis albino yang membabitka­n kulit dan mata dengan jumlah serta jenis pigmen boleh dihasilkan adalah perbezaan antara jenis albino.

“Tanda albino di kulit sangat jelas iaitu ketiadaan pigmen menyebabka­n kulit menjadi sangat putih dn rambut putih atau kuning.

“Ini menyebabka­n masalah mata termasuk rabun, sangat sensitif terhadap cahaya, nystagmus (bola mata bergerak tanpa kawalan), juling serta masalah penglihata­n tiga dimensi,” katanya.

Mengenai kembar tetapi hanya seorang albino, beliau berkata, kembar serupa mempunyai struktur genetik sama, jadi kedua-duanya akan mendapat albino. Namun, bagi kembar tidak serupa mempunyai struktur genetik berlainan, struktur genetik ini berbeza seperti adik-beradik mereka yang lain.

“Seorang mungkin mendapat albino sementara seorang lagi mungkin adalah pembawa atau normal kerana semuanya bergantung kepada struktur genetik,” katanya.

Individu albino mempunyai jangka hayat yang sama seperti individu lain.

Individu albino perlu sentiasa peka kepada sebarang perubahan kepada kulit seperti tumbuhnya biji-biji atau tompokan kerana ini adalah antara simptom kanser kulit” Dr Adawiyah Jamil

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia