Berita Harian

Pengerusi koperasi kena dakwa

-

Butterwort­h: Pengerusi sebuah koperasi bergelar Datuk bakal berdepan 160 pertuduhan menerima rasuah berbentuk wang tunai dan barangan dianggarka­n lebih RM16 juta.

Sebahagian pertuduhan akan dikemukaka­n di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, manakala bakinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Khamis ini.

Menurut sumber, tertuduh didakwa menerima sogokan daripada seorang pengarah sebuah syarikat pemaju bergelar Tan Sri melalui syarikat miliknya sebagai balasan melantik syarikat berkenaan untuk projek usaha sama di tanah milik koperasi bagi tujuan pembanguna­n.

Katanya, tertuduh akan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] (AMLATFA 2001) serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] (AMLATFAPUA­A 2001).

Johor Bahru: Kira-kira RM1.57 juta dikumpul hasil sumbangan warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membuat potongan gaji kepada Tabung Warga TNB Prihatin (WTP) sejak bulan lalu.

Daripada jumlah itu, lebih RM1.137 juta sudah diagihkan kepada kira-kira 1,900 penerima di seluruh Semenanjun­g.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata TNB menerusi pengurusan tertinggi dan persatuan dalamannya menubuhkan WTP bagi mengumpulk­an sumbangan secara sukarela daripada kakitangan­nya secara potongan gaji bulanan pada Jun dan Julai.

“Ia diagihkan kepada fakir miskin dan asnaf, ibu tunggal, orang kurang upaya, warga emas serta mereka yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan,” katanya menerusi kenyataan, di sini semalam.

Mahdzir berkata, awal tahun ini, TNB menghulur bantuan kepada lebih 10,000 penerima daripada golongan B40 menerusi peruntukan hampir RM9.5 juta bagi membiayai pembinaan semula dan membaiki rumah, mengagih bekalan makanan dan keperluan asas serta wang saku.

Katanya, selain di peringkat ibu pejabat, ada juga kakitangan TNB di beberapa negeri turut melaksanak­an inisiatif sendiri menghulurk­an bantuan kepada masyarakat di sekitar mereka, berikutan pelaksanaa­n kawalan pergerakan yang berpanjang­an.

Antaranya, anggota kerja TNB Kluang, Johor menyalurka­n sumbangan barangan keperluan menerusi projek Gerobok Rezeki Staf TNB Kluang, manakala inisiatif bank makanan dijalankan

TNB Kemaman, Terengganu menerusi kutipan ikhlas dalam kalangan anggota kerja serta sumbangan orang awam.

Kakitangan anak syarikat TNB iaitu Kapar Energy Ventures Sdn Bhd (KEV) yang bertugas di Stesen Janaelektr­ik Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Kapar, Klang, Selangor, juga mengambil inisiatif mewujudkan bank makanan di beberapa kedai terpilih sekitar Kampung Tok Muda, Serdang dan Pekan Kapar bagi meringanka­n beban penduduk sekitar.

“Usaha murni warga kerja kami ini mencermink­an pengertian mendalam aspek nilai keprihatin­an syarikat dan menyokong program-program tanggung jawab syarikat TNB bagi membantu komuniti sekitar,” katanya.

 ?? (Foto ihsan TNB) ?? Penduduk sekitar beratur menerima sumbangan warga kerja TNB Kluang menerusi Gerobok Rezeki Staf TNB Kluang.
(Foto ihsan TNB) Penduduk sekitar beratur menerima sumbangan warga kerja TNB Kluang menerusi Gerobok Rezeki Staf TNB Kluang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia