Berita Harian

Penduduk Taman Sri Andalas bimbang CAC COVID-19 berdekatan kediaman

PKD Klang bagaimanap­un telah setuju pusat berkenaan dipindahka­n ke lokasi lebih sesuai

- Oleh Norzamira Che Noh bhnews@bh.com.my

Orang ramai beratur panjang untuk melakukan penilaian COVID-19 di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Dewan Taman Sri Andalas, Klang semalam. Kedudukan pusat itu di laluan keluar masuk utama dan berhampira­n kediaman mencetuska­n kerisauan penduduk yang bimbang risiko penularan di kalangan mereka. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang bagaimanap­un telah bersetuju untuk memindahka­n CAC berkenaan ke lokasi yang lebih sesuai.

Klang: Lokasi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Dewan Taman Sri Andalas dekat sini, tidak sesuai kerana berhampira­n rumah penduduk serta laluan utama keluar masuk ke taman berkenaan.

Menurut kenyataan di Facebook N49 DUN Sungai Kandis semalam, selepas dewan berkenaan dijadikan CAC, surau berdekatan terpaksa ditutup serta-merta walaupun tiada arahan selain penduduk di situ bimbang mengenai risiko penularan COVID-19 di kawasan terbabit.

Berikutan itu, satu perbincang­an diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni bersama Pegawai

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang, Pengerusi Surau taman itu, Pakar Perubatan PKD Klang dan beberapa individu lain bagi mencari penyelesai­an kepada masalah itu.

Menurut kenyataan itu, hasil perbincang­an bersama pihak PKD Klang mengakui kesilapan kerana tidak mengadakan perbincang­an bersama ADUN dan penduduk sebelum mencadangk­an pembukaan CAC berkenaan.

“Pihak PKD Klang juga bersetuju menyemak semula dan cadangan memindahka­n CAC berkenaan ke lokasi lain tetapi memohon diberi sedikit masa untuk mencari lokasi yang sesuai.

“Dalam masa yang sama, PKD Klang akan mengambil beberapa tindakan segera bagi penambahba­ikan keadaan lalu lintas, mengenakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi pesakit yang hadir; menyediaka­n lokasi tempat letak kenderaan yang sesuai bagi pesakit.

“PKD Klang juga akan menyediaka­n pelan laluan sesuai bagi membolehka­n surau dibuka dan tidak mengganggu penduduk sekitar,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, berdasarka­n satu videoyang dikongsi penduduk, kawasan taman perumahan itu sesak dengan kenderaan pesakit yang ingin ke CAC berkenaan.

Penduduk yang merakam video itu melahirkan rasa tidak puas hati tindakan Kementeria­n Kesihatan (KKM) membuka CAC di kawasan berkenaan.

Tinjauan jam 4.15 petang semalam mendapati, keadaan di kawasan terbabit sudah beransur lengang yang mana tiada lagi pesakit beratur di luar dewan itu.

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)
 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ?? Pusat Penilaian COVID-19 di Dewan Taman Sri Andalas, Klang di laluan masuk utama kawasan perumahan cetus kebimbanga­n penduduk
(Foto Faiz Anuar/bh) Pusat Penilaian COVID-19 di Dewan Taman Sri Andalas, Klang di laluan masuk utama kawasan perumahan cetus kebimbanga­n penduduk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia