Berita Harian

Mohd Bakke Pengerusi baharu PETRONAS, Ahmad Nizam Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad

Ahmad Nizam terajui PHB berkuat kuasa 1 Ogos ini

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan semalam mengumumka­n pelantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh sebagai Pengerusi PETRONAS yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumka­n, pelantikan itu bagi menggantik­an Tan Sri Ahmad Nizam Salleh yang dilantik sebagai Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), juga berkuat kuasa 1 Ogos ini.

“Mohd Bakke adalah ahli korporat berpengala­man luas dan berkhidmat dalam pelbagai bidang ekonomi dan serta kewangan.

“Diharapkan kemahiran dan pengalaman beliau serta sokongan padu daripada Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan sedia ada, akan dapat membawa PETRONAS melalui tempoh mencabar sekarang ke tahap yang lebih cemerlang,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Ahmad Nizam akan kekal sebagai Pengerusi Kumpulan syarikat KLCC.

Katanya, pengalaman Ahmad Nizam di PETRONAS dan pengurusan hartanah utama di KLCC akan membawa nafas baharu kepada hala tuju serta pengurusan PHB dalam meningkatk­an pemilikan Bumiputera terhadap hartanah komersial negara.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapka­n ribuan terima kasih atas kepemimpin­an dan sumbangan Ahmad Nizam selama tiga tahun sebagai Pengerusi PETRONAS.

“Berdasarka­n pengalaman beliau selama 37 tahun berkhidmat di PETRONAS dalam pelbagai jawatan, beliau berjaya mengemudi syarikat berkenaan mengharung­i cabaran terbesar yang dihadapi negara dan dunia, termasuk ketidakten­tuan harga minyak dunia dan krisis pandemik COVID-19.

“PETRONAS masih kekal mempunyai penilaian kredit antarabang­sa yang baik dan menjadi syarikat unggul negara yang tersenarai dalam Fortune Global 500,” katanya.

Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri memaklumka­n kerajaan sedang meneruskan program mentransfo­rmasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya terus kukuh dan bersedia menghadpai fasa pemulihan pasca COVID-19 dalam norma baharu dengan perubahan akan dilaksanak­an dari semasa ke semasa.

Mohd Bakke sebelum ini pernah menerajui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) sebagai Pengerusi dan pernah menjawat jawatan sebagai bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Sime Darby Plantation Berhad (SDP).

Beliau berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Sains (Ekonomi) dari London School of Economics, United

Kingdom pada 1977 dan menjadi Fellow Institute of Chartered Accountant­s di England dan Wales (ICAEW), serta Ahli Institut Akauntan Malaysia.

 ??  ??
 ??  ?? Ahmad Nizam Salleh
Ahmad Nizam Salleh
 ??  ?? Mohd Bakke Salleh
Mohd Bakke Salleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia