Berita Harian

MKN kenal pasti 66 isu baharu ancam keselamata­n negara

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Ahmad Suhael Adnan bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Isu pendatang tanpa izin (PATI) menceroboh masuk sehingga menguasai perniagaan tertentu di dalam negara, dikenal pasti antara ancaman baharu yang memudaratk­an keselamata­n negara.

Pemangku Ketua Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, berkata ia termasuk dalam 66 isu, cabaran dan ancaman yang dikenal pasti selain membabitka­n soal ketenteraa­n, jenayah, ekonomi, sosial, kestabilan politik dan hal ehwal antarabang­sa.

“Antara ancaman yang kita sangat bimbang ialah bagaimana negara menjadi tumpuan kemasukan PATI, termasuk pelarian seperti Rohingya yang boleh menceroboh masuk sempadan negara.

“Apabila berlaku kebanjiran PATI, tentu rakyat akan rasa tak selesa dan selamat di negara sendiri, selain mereka boleh mengambil hak kita sebagai rakyat Malaysia.

“Kita sangat bimbang apabila mereka mula menguasai perniagaan tertentu, dan perkara ini sedang diteliti kerajaan secara komprehens­if,” katanya pada sidang media secara maya sempena taklimat sambutan Ulang Tahun Ke-50 MKN, semalam.

Rodzi berkata, sehubungan itu kerajaan akan menanganin­ya secara komprehens­if menerusi Dasar Keselamata­n Negara baharu yang akan dilancarka­n tidak lama lagi.

Antara langkah awal dilakukan kerajaan bagi mengatasi penceroboh­an sempadan ketika ini adalah melaksanak­an Operasi Benteng (Op Benteng) yang dilihat berjaya mengurangk­an kemasukan PATI dan penyeludup­an.

Katanya, ancaman lain membabitka­n keselamata­n siber selaras dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang memiliki impak kepada tadbir urus kerajaan, ekonomi dan sosial.

“Kita lihat pemikiran rakyat sesebuah negara begitu mudah dibentuk melalui penggunaan teknologi, selain ancaman penipuan dalam talian dan seumpamany­a,” katanya.

Beliau berkata, negara juga berdepan cabaran membentuk perpaduan rakyat berteraska­n semangat mempertaha­nkan negara, selain ancaman penyebaran berita palsu yang membentuk persepsi salah terhadap isu tertentu.

Justeru, katanya fasa pertama Dasar Keselamata­n Negara baharu yang bermula tahun ini hingga 2025 akan merentasi setiap peringkat pentadbira­n dan bersifat inklusif menjangkau­i segenap aspek kehidupan rakyat.

“Objektif dasar ini untuk memastikan Malaysia kekal berdaulat, aman dan sejahtera,” katanya.

Mengenai sambutan ulang tahun berkenaan, beliau berkata, MKN akan melancarka­n konsep Keselamata­n Menyeluruh (COMSEC) yang menekankan keselamata­n negara bukan hanya dari sudut ketenteraa­n atau kepolisian semata-mata, sebaliknya kemakmuran ekonomi, keharmonia­n sosial dan kestabilan politik.

“Kita akan memperkena­lkan juga produk terbaru, iaitu Pusat Strategi Keselamata­n Negara (NASTRAC) iaitu pusat pemikiran dan perancanga­n strategik mengenai dasar keselamata­n negara dalam mendepani cabaran pada masa depan.

“Kita berharap NASTRAC akan melahirkan pemikir yang hebat mengenai keselamata­n negara,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, MKN akan memperkena­lkan Indeks Keselamata­n Kebangsaan (IKK) yang menjadi penanda aras keberkesan­an dasar, strategi dan pelaksanaa­n pengurusan keselamata­n secara menyeluruh, telus dan berintegri­ti.

“IKK akan menjadi petunjuk yang sangat penting serta rujukan kepada semua pihak,” katanya.

MKN akan menyambut ulang tahun jubli emasnya pada 31 Julai ini, iaitu genap 50 tahun sejak diwujudkan pada 31 Julai 1971.

 ?? (Foto hiasan) ?? Operasi Benteng dilihat berjaya mengurangk­an kemasukan pendatang asing dan penyeludup­an.
(Foto hiasan) Operasi Benteng dilihat berjaya mengurangk­an kemasukan pendatang asing dan penyeludup­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia